Thursday 18 August 2011

Puasa Menurut Sains

Oleh : Dr. Mohd Zamrin Dimon
Pakar Perunding Bedah Jantung dan Paru-paru HUKM
Presiden Kelab Kesihatan HALUAN (KKH)

PUASA adalah menahan diri dari makan dan minum dari terbit fajar ke maghrib. Dari aspek fisiologi dan kesihatan, puasa bermula sekitar 12 hingga 24 jam dari ketika kita tidak makan dan minum.

Puasa belum bermula dari segi kimianya, sehinggalah karbohidrat dalam badan kita digunakan sebagai sumber tenaga. Puasa boleh berterusan sehingga semua karbohidrat dan lemak dalam badan kita dapat digunakan sebagai sumber tenaga.
Apabila badan kehabisan karbohidrat dan lemak, protein pula akan digunakan sebagai sumber tenaga. Pada ketika ini, ia tidak disebut sebagai puasa tetapi kebuluran.

Berdasarkan kepada fakta ini, seseorang manusia yang sihat akan dapat bertahan untuk hidup tanpa makanan selama hampir 40 hari, dengan syarat dia mendapat sumber air yang berterusan, dan tidak terdedah kepada anasir-anasir toksik dan pencemaran seperti penyakit berjangkit.

Manfaat puasa

Makanan adalah sumber tenaga untuk membolehkan tubuh menjalankan fungsi-fungsi fisiologinya. Tanpa kita sedari setiap aktiviti dalam tubuh kita perlukan tenaga. Jantung yang berdenyut tanpa henti, usus yang bergerak untuk menghadamkan makanan, pernafasan, berfikir, berjalan dan sebagainya semuanya memerlukan tenaga. Sumbernya adalah makanan.

Sekiranya tiada makanan yang dibekalkan, badan akan menggunakan simpanan tenaga dalam badan kita, bermula dari karbohidrat, lemak dan kemudian protein. Semasa puasa, badan akan menggunakan sumber tenaga dari dalam badan kita sendiri melalui proses yang dinamakan autolisis yang memecahkan simpanan karbohidrat dan lemak dalam badan untuk menjadi sumber tenaga.

Proses ini berlaku dalam hati di mana lemak akan ditukar kepada satu bahan kimia yang dinamakan keton tubuh, yang kemudiannya disebarkan ke seluruh badan melalui aliran darah. Lebih lama badan tidak mendapat makanan, lebih banyak proses ini berlaku dan lebih banyak keton yang dihasilkan.

Beberapa manfaat puasa:

Detoksifikasi

Proses detoksifikasi adalah proses normal dalam badan untuk membuang, menyingkirkan atau meneutralkan bahan-bahan toksik melalui usus besar, hati, buah pinggang, paru-paru, saluran limpa dan juga kulit. Proses ini dipercepatkan semasa puasa kerana tiada makanan yang masuk dalam badan dan badan beralih kepada sumber tenaga daripada simpanan lemak badan.

Lemak dalam badan manusia dapat menyumbangkan sebanyak 9,000 kalori setiap kilogram. Untuk badan berfungsi secara normal, kita memerlukan sebanyak 2,000 kalori sehingga 2,800 kalori bergantung pada tahap aktiviti. Bermakna setiap kilogram lemak berupaya menyumbang tenaga cukup untuk 3 – 4 hari. Perlu difahamkan, simpanan tenaga dalam bentuk lemak ini berlaku bila terdapat lebihan dalam makanan yang kita ambil setiap hari.

Bayangkan kalau dalam setahun, selama 11 bulan, berapa kilogram lemak yang telah disimpan oleh tubuh kita? Bila lemak badan digunakan sebagai sumber tenaga, proses autolisis menyebabkan berlakunya pelepasan bahan kimia toksik yang turut tersimpan ke dalam saluran darah dan seterusnya disingkirkan melalui kaedah yang disebut di atas. Ada bahan kimia toksik yang turut tersimpan bersama lemak, yang didapati melalui udara yang disedut, juga akan tersingkir dalam proses autolisis ini. Contohnya DDT, yang dinyahkan melalui air kencing, peluh dan najis.

Proses penyembuhan

Semasa berpuasa, penggunaan tenaga dalam badan dialihkan dari saluran pemakanan, usus untuk mencerna makanan (disebabkan kurang penggunaannya) kepada sistem yang lebih penting seperti sistem imun dan metabolisme.

Bila kita sedang sakit, perkara yang biasa berlaku ialah kita tidak ada selera makan. Ini adalah satu refleks fisiologi, kerana badan tidak mahu membuang banyak tenaga di usus, bahkan mahu tumpukan pada proses penyembuhan melalui metabolisme dan meningkatkan kemampuan sistem imuniti badan kita.

Dalam berpuasa, perkara ini berlaku secara terancang. Proses sintesis protein dapat berlaku dengan lebih efisien jadi kurangnya berlaku kesilapan dalam sintesis DNA dan genetik. Puasa membolehkan sistem pemakanan berehat dan membolehkan tenaga digunakan untuk memperbaiki sistem tubuh lain terutama sistem imun.

Tambahan pula semasa puasa, berlaku penurunan suhu teras badan kita disebabkan metabolisme badan yang rendah dan tahap aktiviti yang menurun. Hormon tumbesaran juga dibebaskan semasa puasa dan ini membantu proses penyembuhan lebih efektif.

Proses rejuvenasi/mempermuda

Proses metabolisme yang rendah, penghasilan protein yang lebih efektif, sistem imun yang lebih berkesan dan pertambahan penghasilan hormon dalam badan semasa berpuasa menyebabkan proses rejuvenasi ini seterusnya menyebabkan jangka hayat yang lebih baik. Selain dari produksi hormon tumbesaran yang lebih banyak, hormon antipenuaan (hormon remaja) juga bertambah penghasilannya semasa puasa.

Meningkatkan ketajaman mental

Bila badan kita bebas daripada bahan-bahan toksik yang mengalir dalam aliran darah, kemampuan berfikir akan menjadi lebih tinggi. Apabila kita makan, banyak sumber tenaga dalam darah dan saraf dihantar ke usus untuk proses penghadaman.
Sekiranya tenaga ini tidak diperlukan di usus, ia akan dihantar ke otak untuk proses berfikir. Perkara ini tidak berlaku dalam hari pertama sehingga tiga hari puasa. Pada awalnya kita akan berasa pening, sugul dan sakit badan. Ini ialah kerana tiga hari pertama tenaga masih digunakan untuk menyahkan toksin yang ada selain dari membersihkan sisa-sisa kotoran dalam saluran makanan.

Selepas dari fasa ini, darah yang mengalir ke otak lebih bersih dari toksik dan menjadikan kemampuan berfikir lebih tinggi. Kita menjadi lebih cergas dan bersikap terbuka, emosi yang lebih stabil dan tajam fikiran. Faktor lain yang menyebabkan perkara ini berlaku ialah semasa berpuasa kita kurang bergantung kepada makanan secara emosinya, kurang terdedah pada makanan atau bahan yang merangsang seperti kafein, gula dan rokok. Kesan ini selalunya dirasai dalam minggu ketiga puasa, selepas 20 Ramadan.

Thursday 4 August 2011

BAGAIMANA BERWUDUK (FIQAH)

Wuduk disyariatkan bagi mengangkat hadas kecil untuk membolehkan ibadah seperti solat, bertawaf dan sebagainya. Rasulullah S.A.W. bersabda yang bermaksud : “Allah tidak akan menerima solat salah seorang dari kalian ketika berhadas sehingga dia berwuduk.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)
Allah berfirman yang bermaksud : “Hai orang yang beriman, apabila kamu hendak menunaikan solat maka basuhlah mukamu dan tanganmu hingga ke siku dan sapulah kepalamu dan (basuh) kakimu hingga kedua-dua buku lali.” (Suruh al-Ma’idah 5 : 6). Jelas melalui ayat diatas, tatacara berwuduk telah dijelaskan oleh Allah dalam Al-Quran. Secara detail caranya adalah seperti berikut :
  1. Niat untuk menghilangkan hadas kecil
  2. Membasuh kedua-dua belah tapak tangan, berkumur dan memasukkan air kedalam hidung
  3. Membasuh wajah. Daerah wajah meliputi dari cuping telinga hingga ke cuping telinga sebelah satu lagi dan dari anak rambut diatas dahi hingga ke dagu.
  4. Membasuh kedua-dua tangan hingga ke siku
  5. Mengusap sebahagian kepala
  6. Mengusap kedua-dua belah cuping telinga
  7. Membasuh kaki hingga ke buku lali

Perhatian : Sunat dimulai dengan anggota kanan dan diulangi sebanyak 3 kali.

    REBUT LIMA SEBELUM LIMA

    Antara peluang yang harus anda rebut adalah seperti maksud hadis Rasulullah S.A.W. ini yang bermaksud, Rebutlah lima perkara sebelum datang lima perkara :-
    • Masa muda sebelum tua
    • Masa sihat sebelum sakit
    • Masa lapang sebelum sibuk
    • Masa kaya sebelum jatuh miskin
    • Masa hidup sebelum mati
          (Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi) 

    Buatlah peluang untuk berbuat sebanyak mana kebajikan ketika muda kerana tenaga kita masih kuat, pemerhatian kita masih tajam dan pergerakan kita masih tangkas. Rebutlah peluang ketika anda sihat kerana apabila anda sakit, anda tidak lagi akan mampu buat apa-apa lagi keputusan walaupun terhadap diri anda sendiri. Nasib dan urusan anda akan diuruskan oleh orang lain.

    Ambillah sebanyak mungkin peluang ketika anda ada masa lapang. Orang yang sibuk tak ubah seperti saat malaikat Israfil meniup sangkakala. Semua orang sibuk untuk menyelamatkan diri. Jika anda mahu mengambil kesempatan untuk bersedekah lakukanlah sekarang sebelum anda jatuh miskan dan anda pula yang bakal menerima sedekah atau anda mungkin tidak jatuh miskin dari sudut harta tetapi anda akan jadi seperti orang miskin apabila anda tidak ada kuasa lagi untuk menggunakan harta, wang dan simpanan anda. Hatta ada ketikanya untuk mengunyah makanan yang berada dimulut anda dan menyedut udara yang diberikan oleh ALLAH secara percuma pun anda tidak mampu. Saat itulah kita akan menjadi miskin segala-galanya. Kita tidak akan ada peluang lagi.

    Dan akhirnya kematian ialah penghujung kepada segala peluang yang kita ada. Kematian datang sekali sahaja dan tidak ada lagi kematian selepas itu apabila kita dihidupkan semula di alam akhirat nanti.

    4 PERKARA

    4 Perkara Menguatkan Badan
    • Makan daging
    • Memakai haruman
    • Kerap mandi
    • Berpakaian kemas

    4 Perkara Menajamkan Mata
    • Memandang benda yang hijau
    • Duduk menghadap kiblat
    • Bercelak sebelum tidur
    • Berpakaian kemas
      
    4 Perkara Menajamkan Fikiran
    • Tidak banyak berbual kosong
    • Rajin membersihkan gigi
    • Bercakap dengan orang soleh
    • Bergaul dengan para ulama
       
    4 Perkara Melemahkan Badan
    • Banyak minum air ketika makan
    • Sentiasa cemas
    • Banyak makan makanan masam
    • Banyak bersetubuh
       
    4 Perkara Merosakan Mata
    • Memandang najis
    • Melihat orang dibunuh
    • Melihat kemaluan
    • Membelakangi kiblat

    MALAYSIA NEEDS TRANSFORMATION OF WAQF MANAGEMENT


    THE waqf institution should play a role in uplifting the pride, dignity and supremacy of Islam. This is not only in the spiritual and godly aspect but also other fields such as economic, politic, geo-politic, community, educational and social.
    This institution must be managed professionally, with the best standard of practice and contemporary management system to project the excellence of Islam.
    Ironically the western colonialism has impacted the Islamic economic system until Muslims in the world including Malaysia eventually saw the erosion in the potential and capacity of waqf in pooling the socio-economic strength and civilization of Islam.

    It is high time that the management of waqf be transformed to make it more efficient and effective. Actually in the eyes the waqf practitioners, the management of waqf in Malaysia is disheveled with a multitude of accumulated problems. The problem starts with the State Islamic Religious Council (MAIN) which inherit the waqf property but without any inventory with the management done by unqualified muttawali or supervisors. The waqf lands are even managed by non-Muslims, many are left idle and there are waqf properties given out orally without any registration and documentation, thus affecting its development.

    There are also the issue of waqf properties which are beyond control, thus giving rise to subsequent problems such defaulting land tax, high quit rent, waqf land seized by land office and waqf premises being sealed by local authorities.
    Other issues are that the waqf revenue cannot meet its cost, waqf properties has no self-generating income and unproductive, the acquisition of waqf properties whose compensation are yet to be paid, the waqf land yet to be istibdal (in exchange for other land) and the benefit of the waqf properties has not been received by the maukuf alaih (beneficiaries). The waqf issues are indeed myriad, chronic and need to be given full attention. Under the provision of the State Islamic Affairs Administration Enactment, the role in managing the waqf properties comes under MAIN, as the sole trustee. Then why are there such issues? This is because generally MAIN are also embroiled in their own shortcomings that affect the development and progress of waqf properties. MAIN doesn’t have sufficient staff to manage the waqf properties despite the load of problems. So what are the steps that should be taken by MAIN? A concrete change must be done.

    It needs a holistic administrative reform to transform its image. There are three options which can be taken; additional staff for the waqf management division; outsourcing; and corporatization of waqf properties. However the suggestion on additional staff is easier said than done due to the various levels of procedures and bureaucratic processes that need to be overcome. The second strategy is outsourcing part of the waqf activities. This means that part of the waqf properties can be privatized or tendered out to other parties or consultant in the field. This includes properties like burial ground or mosque cleaning projects, minor repairs and servicing of assets. Rental collection can also be the privatized but this will give rise to other impact especially in the collection capability and the legal aspect.

    However, some of the MAINs are not interested on this arrangement as it may exposed their secret and strategy to outside parties. Privatization also required MAIN to have strong financial standing. So what about the corporatization of waqf?
    This is a new issue and it will be amazing if it can be realized. Currently, the issues are yet to be accepted by the MAIN policy maker and top management. Although there are evidence that corporatization of waqf is successful in six States (Federal Territory, Penang, Selangor, Pahang, Melaka and Negeri Sembilan) other States have not implement the idea.

    Certain States feel that the time has not come for the corporatization as it is deemed as giving up the management to outside parties. However there is a way to carry it out. This is through the set up of a wholly-owned company of MAIN under the Companies Act 1965. Other corporatization approach is through the set up of State Waqf Foundation (YMN-Yayasan Waqaf Negeri) which is welfare-oriented organization. The status qualifies the YMN to obtain zakat on business and corporate tax exemption. So it is up to MAIN to choose the best approach to take. To change, waqf need a potent transformer.

    --------------
    MOHAMAD SALLEH ABDULLAH
    The writer is a Research Associate, Centre for Islamic Development Management Studies (ISDEV), USM

    SISTEM INFORMASI PERPUSTAKAAN


    Perpustakaan adalah institusi/gedung yang menyediakan koleksi bahan perpustakaan bercetak dan tidak bercetak sebagai pusat sumber informasi yang diatur mengikut sistem dan aturan yang dugunakan untuk keperluan pendidikan, penelitian, penyelidikan dan intelektual bagi masyarakat. Tujuan khusus perpustakaan dibezakan oleh jenis perpustakaannya seperti perpustakaan awam, khusus, institusi, akademik dan sebagainya.
    Untuk mempermudahkan pengurusan, koleksi di perpustakaan perlu diklasifikasikan dan dikatalogkan. Ada perbagai standard dalam katalog samada menggunakan manual katalog atau sistem. Untuk memudahkan pencarian bahan, setiap bahan akan diberikan nombor panggilan (Call number) dan maklumat berkaitan bahan tersebut. Perpustakaan awam biasanya menggunakan klasifikasi Dewey Decimal Classification (DDC). Perpustakaan jenis lain juga menggunakan sistem yang berbeza, sebagai contoh perpustakaan akademik biasanya akan menggunakan sistem klasifikasi Library of Congress (LC).
    Sistem Informasi Perpustakaan adalah proses perkomputeran untuk menyimpan dan mencari bahan di perpustakaan. Mulai dari kataloging koleksisehingga proses peminjaman dan pemulangan koleksi beserta peraturannya seperti ltempoh peminjaman dan perkiraan denda lewat pemulangan bahan. Sistem Informasi Perpustakaan tidak lengkap tanpa adanya Online Public Access Catalog (OPAC) iaitu suatu katalog yang mengandungi segala maklumat tentang koleksi yang dimiliki sebuah perpustakaan keseluruhannya.