Friday 31 May 2013

AKTIVITI-AKTIVITI PERPUSTAKAAN WAKAF MAIS 2013

Pada tahun 2013 Perpustakaan Wakaf akan menganjurkan aktiviti dan program khas kepada pengguna perpustakaan. Semua aktiviti terbuka kepada Pegawai MAIS dan Pengguna Awam. Hanya ahli Perpustakaan Wakaf yang berdaftar sahaja boleh menyertai setiap aktiviti yang bakal dijalankan.  Setiap program akan dikenakan bayaran sebanyak RM0.50 (Duit akan terus disalurkan ke dalam akaun Baitulmal, MAIS). 4 program utama yang bakal dijalankan adalah seperti berikut:

1.  Bulan Membaca MAIS pada 3 Jun 2013 sehingga 28 Jun 2013. Diantara aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan adalah seperti:
1.1 Pertandingan Fotografi (Keranamu MAIS)
1.2 Pertandingan Review Buku
1.3 Pertandingan Silangkata dan slogan (Saya sayangkan MAIS kerana…)
1.4 Pertandingan Menulis Surat Luahan Hati Kepada MAIS
1.5 Pertandingan Pinjaman Buku Terbanyak
1.6 Pertandingan Teka Jumlah Buku dan Berat Keseluruhan

2.  Le Tour de MAIS
Program Le Tour de MAIS adalah satu perkhidmatan troli bergerak kepada setiap bahagian untuk menggalakan pinjaman buku kepada setiap Pegawai di MAIS. Troli akan tiba di setiap bahagian pada setiap hari Isnin sepanjang tahun. Peminjam hanya perlu memasukan buku kedalam kotak book drop yang akan disediakan di Bangunan MAIS untuk memudahkan proses pemulangan buku.

3.  Friendly Library Card
Setiap ahli yang berminat akan diberikan kad friendly ini yang mengandungi 12 kolum untuk di cop dengan smiley face sebanyak 12 kali untuk setiap buah buku yang dipinjam. Setelah penuh cop tersebut boleh ditukar dengan hadiah dan kad baru akan diberikan. Program ini terbuka sepanjang tahun.

4.  Program Wakaf Buku Perpustakaan Wakaf 
    Program Wakaf Buku Perpustakaan Wakaf ini adalah program inisiatif perpustakaan sendiri bagi menggalakkan pegawai MAIS dan rakyat Selangor amnya menjadikan buku sebagai salah satu bentuk wakaf bagi manfaat masyarakat umum. Program ini akan berjalan sepanjang tahun. (SEDANG BERJALAN SEPANJANG TAHUN – Telah dirasmikan pada 23 April 2013)