Thursday 5 June 2014

BULAN MEMBACA MAIS 2014

Perpustakaan Wakaf MAIS telah menganjurkan Program Bulan Membaca MAIS 2014 yang akan berlangsung selama 3 bulan (3 Jun 2014 - 29 Ogos 2014). Program ini telah dilancarkan secara rasminya pada 3 Jun 2014 bertempat di Hotel Delta Inn, Wisma MAIS, Seksyen 3, Shah Alam yang disempurnakan oleh Y.Bhg. Prof. Dr. Mujaini Bin Tarimin (Ahli MAIS). Bersempena majlis perasmian tersebut satu "Sesi Perkongsian Ilmu" yang bertajuk Kepentingan Rekod dan Arkib Organisasi telah diadakan dengan menjemput bekas pensyarah kanan Fakulti Pengurusan Maklumat, UiTM iaitu Y.Bhg. Prof. Dato' Dr. Haji Raja Abdullah Bin Raja Yaacob bagi menyampaikan syarahan tersebut. 

Program ini adalah salah satu aktiviti utama Perpustakaan Wakaf MAIS dan akan dilaksanakan setiap tahun. Setiap aktiviti yang dijalankan bersempena Bulan Membaca MAIS ini adalah terbuka kepada semua pengunjung termasuk pegawai MAIS dan orang awam. Diantara program yang akan dijalankan adalah 5 pertandingan untuk kategori dewasa dan 2 kategori kanak-kanak. Setiap penyertaan akan di kenakan bayaran RM0.20. Disamping itu juga, hadiah dan cenderahati akan diberikan kepada pengunjung bertuah setiap minggu selama tempoh Bulan Membaca MAIS 2014 tersebut. Iklan program ini adalah seperti yang dilampirkan.