Wednesday, 29 February 2012

4 JENIS LELAKI YANG DI TARIK PEREMPUAN KE NERAKA


Di akhirat, wanita akan menarik empat jenis lelaki bersamanya ke dalam neraka. Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah serta berwaspada akan tanggungjawab yang dipikul..
1. Ayahnya
Apabila seseorang yg bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat…..tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.
2. Suaminya
Apabila si suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan muhrim apabila suami mendiam diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya ke neraka.
3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya, jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM, tunggulah tarikan adiknya ke neraka kelak.
4. Anak Lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat, mengata dan sebagainya, maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka.
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan masing-masing.
Firman Allah SWT yang bermaksud :-
“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (At Tahrim : 6)
Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslimin yakni yang mengucap kalimah tauhid dijamin masuk syurga dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita…wallahua’lam
Sumber : http://ustazazhar.net

Wednesday, 15 February 2012

MAKANAN AHLI KITAB HALAL?

Sering menjadi perbahasan antara pemakanan orang Yahudi dan Islam. Malah ada yang mendakwa, sembelihan orang Yahudi boleh dimakan. Asas dakwaan tersebut adalah kekeliruan mengaitkan Yahudi dengan ahli kitab yang diiktiraf oleh Islam.

Malah dalam soal produk makanan orang Yahudi yang memperkenalkan kosher seperti mana logo halal bagi masyarakat Islam Dalam tulisan ini akan cuba merungkaikan apakah kosher itu boleh diterima setaraf dengan produk halal kerana datang daripada orang Yahudi? Adakah orang Yahudi hari ini benar-benar beramal sebagai ahli kitab dan kosher itu harus diterima?

Pada dasarnya al-Quran secara jelas membenarkan makanan ahli kitab. Firman Allah, “Pada masa ini dihalalkan bagi kamu (memakan makanan) yang lazat-lazat serta baik-baik. Dan makanan (sembelihan) orang yang diberikan kitab adalah halal bagi kamu, dan makanan (sembelihan) kamu adalah halal bagi mereka…” (Al-Maidah, 5 :5)

Ibn Kathir menerangkan ahli kitab adalah orang-orang Yahudi dan Nasrani yang diturunkan kepada mereka Kitab Taurat dan Injil dari keturunan Bani Israel dan Nabi Musa a.s. dan Nabi Isa a.s. serta merka yang memeluk agama ini yang bukan dari keturunan Israel.

Ibn Kathir meluaskan pengertian ahli kitab termasuk umat Nabi Ibrahim dan Nabi Shirth, nabi-nabi dan kaum Sabiiin. Sebaliknya ahli tafsir lain seperti Al-Qasimi membatas keturunan Bani Israel sahaja dan tidak termasuk mereka yang memeluk agama ini dari kalangan bangsa lain seperti bangsa Arab. Di antara dua pendapat ini, pendapat Ibn Kathir lebih kuat kerana merujuk kepada mereka yang menerima kitab seperti yang dinyatakan al-Quran. Pada zahirnya ahli kitab yang masih mempertahankan peraturan kitab mereka sehingga ke hari ini hanyalah kaum Yahudi jika dibandingkan dengan Nasrani.

Golongan Nasrani atau penganut Kristian tidak menonjolkan apa-apa konsep atau simbol khusus bagi makanan mereka seperti kosher bagi penganut Yahudi. Di pasaran terbuka negara–negara barat yang rata-ratanya penganut agama Kristian serta pengeluar terbesar dunia tidak mementingkan sebarang simbol agama bagi makanan mereka.

Kasharut dalam bahasa Hibrew atau kosher (kasher dalam Hibrew) adalah peraturan pemakanan yang berperanan menentukan makanan yang sesuai untuk orang-orang Yahudi. Kosher bermakna penentuan atau sesuai digunakan seperti daging, buah, sayur, arak, keju dan gelatin. Lawan Kosher ialah Terefah (Hibrew) yang bermakna tidak sesuai digunakan atau haram. Contohnya darah, babi, arnab dan semua haiwan laut berkulit cengkerang.

Peraturan ini berasal daripada kitab Bible yang bersumberkan kitab suci Taurah. Pekara ini juga terkandung dalam 10 arahan (Ten Commandment) yang diterima oleh Musa di Sinai yang mana peraturan dalam pengajian tradisi Yahudi menerimanya sebagai wahyu. Kemudiannya ratusan tahun ia tertulis dalam Talmud. Peraturan ini didapati banyak terkandung di dalam Bible yang menjadi teks undang-undang.

Dalam hal ini, peraturan kosher telah ditafsirkan dan dikembangkan oleh Rabai untuk melindungi orang Yahudi dan memastikan mereka tidak menyimpang dari undang-undang utama. Peraturan kosher disesuaikan mengikut isu-isu terbaru dan keperluan teknologi.

Jika dibandingkan amalan kosher dan halal, perbezaannya begitu ketara. Islam mengharamkan alkohol, arak dan bahan yang memabukkan. Sebaliknya kosher membenarkannya. Begitu juga kosher menerima gelatin tanpa mengambil kira sumbernya. Produk gelatin seperti mashmallow dan yogurt kesemuanya kosher. Penggunaan enzim dari sebarang sumber dalam pembuatan keju hari ini, semuanya adalah kosher tanpa mengendahkan sumbernya sama ada dari babi atau haiwan halal yang disembelih.

SUMBER PENENTU HALAL

Konsep agama Yahudi melarang daging dan produk kering dimakan sekali dalam satu makanan. Oleh itu, peralatan untuk kegunaan bagi sarapan, memasak daging dan produk kering hendaklah disimpan secara berasingan. Hal ini tidak ada sebarang halangan dalam Islam atau prinsip halal. Dalam pensijilan halal rata-rata badan Islam dunia tidak menerima sumber atau bahan mentah yang mempunyai sijil kosher.

Begitulah sebaliknya, JAKIM juga dengan tegas tidak menerima sijil kosher sebagai dokumen rujukan untuk menyokong pensijilan halalnya setelah menyedari amalan kosher itu sendiri bercanggah dengan syariah.Tetapi terdapat pihak yang tidak memahami perkara ini. Malah menyokong kosher kerana kononnya lebih teliti dan meyakinkan seperti yang didakwa oleh dua pengarang buku Fikah Luar Negara Mudah Praktik Islam Di Mana-mana.

Dengan nada keras pengarang tersebut mendakwa JAKIM yang melaksanakan pensijilan halal di Malaysia tidak melaksanakan tugas-tugas mereka. Bahkan dikatakan mengkhianati amanah serta umat Islam. Dengan sinisnya mereka menyatakan, sekiranya diberikan pilihan antara makanan yang ada cop halal JAKIM yang tidak pasti status halalnya dengan cop kosher daripada sumber-sumber halal, penulis buku tersebut akan memilih kosher.

Dalam isu kosher, dua orang penulisnya gagal memahami amalan kosher dan pensijilan halal JAKIM walaupun mereka mempunyai latar belakang pengajian Islam pengkhususan dalam bidang fiqh. Secara membuta tuli mereka memetik dan berpegang pendapat Qardhawi yang mengiktiraf penganut agama Yahudi dan Kristian sekarang ini dikatakan ahli kitab.

Maka segala makanan yang disediakan oleh mereka sama ada sembelih ataupun tidak halal berdasarkan ayat 5 suarah al-Maidah. Kesilapan besar penulis buku Fikah Luar Negara ialah kerana gagal membezakan antara pengertian ahli kitab dan amalan kosher di Barat dan Eropah. Amalan pensijilan kosher tidak mengambil kira penggunaan bahan haram yang bersumberkan babi di dalam gelatin kerana dianggap bahan tersebut telah diproses.

Ahmad H. Sakr, yang mempunyai pengalam luas dalam pengeluaran barangan halal di Amerika Syarikat (AS) mendedahkan, kebanyakan agensi pensijilan kosher mengesahkan produk tanpa merujuk sumber asalnya. Mereka menganggap gelatin hanyalah sebagai satu bahan kimia asli dan bukan ramuan daripada haiwan. Oleh itu mereka melihatnya tiada sebarang masalah dengan gelatin babi.

Sedangkan menurut Ahmad Sakr, gelatin kosher sebenarnya bersumberkan gelatin babi atau dari tulang. Sesetengah kosher juga membenarkan penggunaan alkohol (arak) terhadap makanan yang disahkan. Penggunaan dua bahan tersebut diharamkan secara mutlak dalam pensijilan halal JAKIM dalam apa bentuk sekalipun. Dengan itu, amalan kosher sendiri telah mengetepikan prinsip-prinsip utama dalam teks ajaran mereka kerana membenarkan penggunaan benda-benda yang dilarang dalam kitab suci mereka.

USAH TERTIPU

Ramai pelajar-pelajar dan pelancong-pelancong Islam yang berada di AS, United Kingdom, Kanada dan beberapa Negara lain sering kali terperangkap dan tertipu dengan barangan kosher. Mereka menganggap kosher halal kerana semata-mata bersandarkan ahli kitab. Lainlah kalau sudah tiada pilihan lagi semasa berada di luar Negara. Tetapi makanan yang berlabel vegetarian lazimnya yang dikeluarkan pengamal agama Buddha dan Hindu tegar lebih kurang berisiko jika dibandingkan dengan kosher.

Sesetengah pengeluar vegetarian mengharamkan sebarang penggunaan sumber berasaskan haiwan dan hanya sayur serta tumbuhan sebagai bahan masakan. Dalam keadaan sekarang pilihan barangan halal terlalu banyak. Malah JAKIM sendiri telah melantik badan Islam diserata dunia dan boleh memilih barangan halal dan disahkan oleh badan-badan Islam tersebut di luar negara.

Setelah melihat secara perbandingan menerusi dimensi agama samawi, jelas tiada sebarang percanggahan ketara pada dasarnya dalam konsep halal, sungguhpun konsep halal mempunyai pengertian tersendiri yang membezakan dengan yang lain. Percanggahan yang berlaku adalah hasil pembawaan penganut masing-masing sama ada dikalangan penganut agama samawi mahupun agama budaya. Malah pendekatan prinsip halal dalam syariah Islam bukanlah suatu percubaan 'menserasikan' mereka dengan Islam. Sebaliknya suatu kenyataan mendekati dan memahami semula teks ajaran mereka dengan harapan mereka merujuk semula pada ajaran asal masing-masing.

Ini kerana sifat kesejagatan nilai Islam dapat diterima oleh semua demi kepentingan keselamatan manusia tanpa mengira latar belakang kepercayaan. Dalam analisisis ahli fiqh Islam, ajaran Yahudi lebih banyak mengharamkan makanan sehingga mendatangkan kesulitan. Pengikut Kristian pula begitu mudah menghalalkan sesuatu secara mutlak seperti berlaku dalam Kristian Protestan. Diantara dua keterlaluan ini, Islam menawarkan kesedarhanaan dengan tidak mudah mengharamkan dan tidak mudah menghalalkan sesuatu. Penilaian dibuat berdasarkan syariat demi memelihara kepentingan fitrah insan.

SUMBER : Al Islam (Tahun ke-37 Bil : 453) Disember 2011, Oleh : Lokman Ab. Rahman, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan Presiden Persatuan Eksekutif Halal Malaysia.

ANDA SAKIT? JOM SOLAT JEMAAH


Solat jemaah juga dibincangkan dari sudut metafizik. Menurut pengasas Akademik Aura Metafizik, Dr. Jamaluddin Abdul Jalal, setiap bacaan, niat, doa dan pergerakan di dalam solat mengeluarkan tenaga. Solat itu adalah amalan zahir dan batin. Ia juga satu set senaman jasmani dan makanan rohani yang paling tinggi mutunya.

Kerana, semua yang ada di muka bumi ini akan mengeluarkan gelombang termasuklah suara mulut, bunyi-bunyian, gerak hati, pemikiran dan apa yang kita fikir. Semua itu akan keluar dalam bentuk gelombang yang tidak boleh dilihat.

Solat terdiri daripada tiga aspek iaitu perkataan, perbuatan dan kejiwaan. Jika digabungkan ketiga-tiganya maka orang yang sakit akan sihat, yang malas jadi rajin, yang tidak tenang menjadi tenang, miskin boleh jadi kaya. Dengan berkat kita doa orang lain yang mengaminkan.

Sebelum memulakan solat terlebih dahulu membersihkan badan, pakaian dan tempat solat. Aura kebersihan akan tersebar luas menjangkit kepada jemaah yang di sebelah. Kemudian semasa dalam solat kita buangkan fikiran yang negative dan jahat serta membersihkan jiwa supaya dapat menumpukan hati sepenuhnya kepada Allah. Semasa solat itu aura keikhlasan itu keluar, menuju ke tempat solat dengan rendah diri untuk menghadapkan diri kepada Allah, semuanya akan bersatu menjadi tenaga.

Bila kita berdiri untuk solat, tubuh badan dikawal oleh satu pusat otak. Otak mengeluarkan gelombang untuk wujudkan kesatuan kepada semua pergerakan anggota solat. Kesatuan itu dipindahkan maka wujud kesatuan di dalam saf dan umah semasa solat jemaah.

Sebab itulah keutamaan di dalam solat jemaah adalah saf yang lurus. Kerana tenaga boleh dialirkan di dalam satu garisan yang lurus. Saf perlu bersentuhan antara satu sama lain antara bahu dengan bahu supaya tenaga tidak terputus dan mudah dialirkan. Saf yang ramai lagi bagus kerana lebih banyak tenaga yang dikumpulkan.

Memang benarlah kata Yahudi umat Islam hanya akan berjaya jika solat subuh umat Islam sama seperti solat jumaatnya. Solat subuh adalah satu waktu yang sukar untuk dilakukan. Jika dapat melawannya ia satu kemenangan, di situ datangnya kesatuan. Kesatuan itu datang dari pusat otak. Apabila pusat otak itu kuat maka ia boleh mengawal seluruh badan hingga kita boleh berdiri tegak.

Itulah yang menjadikan umat Islam kuat kerana kesatuan. Kerana mereka berdiri, qiam, rukuk, sujud semuanya dilakukan di dalam keadaan yang serentak. Tenaga kesatuan keserentakan itulah yang menyatukan ummah menjadi harmoni,” jelasnya.

SETIAP GERAK SOLAT PENYEMBUH

Solat jemaah bukan sekadar untuk kesatuan dan kekuatan ummah malah ia adalah penyembuh. Menurut Dr. Jamaluddin, di dalam solat itu ada bacaan atau vokal, getaran panjang a,i,u dengan tajwid yang betul ia akan membersihkan dan merangsang hati, kelenjer tiroid, pineal, putitari, adrenal serta paru-paru.

Semasa rukuk, merenggangkan sepenuhnya otot-otot bahagian bawah belakang, paha, dan betis. Darah akan dipamkan ke bahagian atas badan. Melembutkan otot-otot perut dan buah pinggang. Lama-kelamaan gaya ini mempertingkatkan lagi peribadi menimbulkan kebaikan hati dan mengharmonikan batin. Kalau boleh saya nyatakan begini, tubuh kita ini adalah manifestasi satu masyarakat. Saling bantu-membantu itu wujud pada tubuh seseorang di dalam pergerakan solat. Saling bantu-membantu ini akan keluar dalam bentuk tenaga yang akan dikongsi oleh semua orang.

Bila kita iktidal, darah yang baru bergerak masuk semasa kembali kepada keadaan asalnya dengan membawa bahan yang tidak berguna. Badan mendapatkan kembali kerehatan dan melepaskan ketegangan. Darah akan lancar semula setelah melalui proses tekanan semasa rukuk. Darah yang lancar pergerakannya itu adalah umpama kelancaran pergerakan di dalam masyarakat.

Semasa sujud pula secara tidak langsung gerakan itu akan membersihkan pernafasan, melancarkan peredaran darah dan sistem saraf. Jemaah yang melakukannya dengan khusyuk akan mendapat kerehatan badan dan kebahagiaan emosi, secara umumnya sujud adalah untuk menyeimbangkan sistem saraf dan termasuklah untuk mengurangkan tekanan darah tinggi, “ katanya yang pernah melanjutkan pengajian agama di bawah bimbingan ulama terkenal Johor, Datuk Kiai Samsudin Ridwan dan Sheikh Mohd. Faiz Sheikh Ahmad.


SUMBER : Al Islam (Tahun ke-37 Bil : 453) Disember 2011.