Aktiviti

LAWATAN KERJA PERPUSTAKAAN WAKAF MAIS KE PERPUSTAKAAN AWAM ISLAM JAKIM

Kuala Lumpur - Bagi mendapatkan info-info berkaitan sistem perpustakaan, satu lawatan kerja daripada Perpustakaan Wakaf MAIS ke Perpustakaan Awam Islam JAKIM telah diadakan pada 8 Disember 2009.

Rombongan MAIS seramai 4 orang yang diketuai oleh En. Mohd Hafiz Bin Salam, Pustakawan Perpustakaan Wakaf MAIS disambut mesra oleh Puan Nor Asmawati Binti Omar yang merupakan pembantu perpustakaan dan kakitangan yang lain. Rombongan MAIS diberi taklimat berkaitan perjalanan operasi Perpustakaan Awam Islam JAKIM. Selain diberi taklimat, kakitangan MAIS telah dibawa melihat koleksi-koleksi bahan bacaan yang terdapat di Perpustakaan Awam Islam JAKIM.

Lawatan kerja ini bertujuan mengetahui sejarah latar belakang perpustakaan yang digunakan, carta organisasi perpustakaan, ruang penempatan koleksi bahan dan lain-lain hal yang berkaitan dengan perpustakaan disamping dapat megeratkan jalinan kerjasama dan bertukar-tukar pandangan.
Sila rujuk Galeri Foto untuk melihat gambar.

________________________________________________________


LAWATAN KERJA PERPUSTAKAAN WAKAF MAIS KE PERPUSTAKAAN DARUL QURAN

Kuala Kubu Baru - Perpustakaan Wakaf MAIS telah mengadakan lawatan ke Perpustakaan Darul Quran, JAKIM pada 9 Disember 2010 yang lalu bagi membincangkan perkara berkaitan perkhidmatan perpustakaan dan bertukar - tukar maklumat dalam memajukan pusat sumber.

Lawatan ini diketuai oleh Encik Mohd Hafiz Bin Abdul Salam, Pustakawan Perpustakaan Wakaf MAISserta rombongan yang hadir disambut baik oleh Puan Siti Rafiah Binti Harun selaku Pustakawan Darul Quran. Lawatan kerja ini berlangsung selama dua jam meliputi lawatan keseluruhan Perpustakaan Darul Quran serta menimba ilmu berkaitan pembangunan koleksi bacaan buku, kemudahan dan perkhidmatan perpustakaan. 

Semoga lawatan seperti ini dapat mengeratkan lagi silaturrahim di antara Perpustakaan Darul Quran dengan Perpustakaan Wakaf MAIS.

Sila rujuk Galeri Foto untuk melihat gambar.

__________________________________________________________ 


PROGRAM PERALIHAN DATA PERPUSTAKAAN WAKAF MAIS BERSAMA PELAJAR UNISEL

Perpustakaan Wakaf MAIS – Program peralihan data untuk Perpustakaan Wakaf MAIS telah diilhamkan oleh pensyarah dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial bagi kursus Diploma Sains dan Perpustakaan Unisel yang bertujuan bagi memdedahkan para pelajar kepada dunia sebenar pengurusan perpustakaan secara teori dan ternikal.

Program ini telah berlansung selama 3 hari iaitu pada 5, 13, dan 19 Mei 2011 membabitkan pelajar Unisel termasuk seorang pensyarah iaitu Puan Fadliah Binti Darini beserta seramai 20 orang pelajar. Proses program peralihan data bermula daripada proses awalan mengkatalog buku secara manual dan perkomputeran (Sistem V-Lib) sehingga menyusun buku ke atas rak mengikut nombor panggilan buku tersebut.

Program ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran berkomunikasi pegawai-pegawai Perpustakaan Wakaf MAIS disamping perkongsian ilmu pengetahuan yang baru bersama pensyarah dan para pelajar Unisel dalam program tersebut. 

Sila rujuk Galeri Foto untuk melihat gambar.

________________________________________________________


LAWATAN KE BAITUL EHSAN

Baitul Ehsan, Sabak Bernam - Pada 8 Jun 2011 yang lepas, dua orang pegawai dan dua orang pelajar praktikal daripada Perpustakaan Wakaf MAIS, telah mengadakan lawatan ke Baitul Ehsan dengan tujuan untuk meninjau sekitar perpustakaan dan juga berbincang untuk menambah baik perpustakaan tersebut. Kami telah disambut mesra oleh pegawai-pegawai di Baitul Ehsan dan turut bersama kami meninjau ruang perpustakaan di Baitul Ehsan.

Perpustakaan Baitul Ehsan diletakkan dalam satu tempat bersama bilik-bilik kuliah yang digunakan oleh pelatih-pelatih di sana. Disebabkan tiada pegawai yang dilantik untuk mengurus perpustakaan tersebut, perputakaan ini tidak dijaga dan tidak terurus. Oleh sebab itu, pihak Baitul Ehsan meminta bantuan kami untuk menambah baik dari segi pengurusan perpustakaan mereka agar perpustakaan itu dapat digunakan dengan sebaiknya oleh pegawai mahupun pelatih. Kertas cadangan akan diusulkan kepada pihak atasan untuk tindakan selanjutnya.

Sila rujuk Galeri Foto untuk melihat gambar.

_______________________________________________________


PROGRAM PENDIDIKAN PENGGUNA PERPUSTAKAAN WAKAF (MAIS)

Perpustakaan Wakaf MAIS – Program Pendidikan Pengguna Perpustakaan Wakaf (MAIS) telah berlangsung selama 3 hari iaitu pada 20, 21 dan 23 Jun 2011 yang membabitkan kakitangan MAIS dari setiap bahagian. Program ini melibatkan 14 sesi yang dikendalikan oleh Pustakawan Perpustakaan Wakaf iaitu En. Hafiz Abd Salam dan Penolong Pegawai Perpustakaan iaitu En. Zharif Maarop selama 2 hari. Pada dua hari berikutnya pula dikendalikan oleh 2 orang pelajar praktikal iaitu Hidayati Aziz dan Maziah Mustapa sebagai latihan persediaan memberikan taklimat kepada kakitangan MAIS.

Program ini bertujuan memberi pendedahan penggunaan sistem OPAC, memperkenalkan koleksi bahan yang terdapat di dalam Perpustakaan Wakaf, menggalakkan penggunaan Perpustakaan Wakaf dikalangan pengguna serta berkongsi maklumat dan pendapat dalam penambahbaikkan koleksi bahan Perpustakaan Wakaf. Antara bahagian yang terlibat ialah Bahagian Sumber Manusia, Bahagian Pembangunan Hartanah, Bahagian Baitul Mal, Bahaian Baitul Iman, Bahagain Baitul Ehsan dan banyak lagi.

Semoga dengan terlaksananya program taklimat ini dapatlah kakitangan MAIS memanfaatkan dan meningkatkan penggunaan Perpustakaan Wakaf dari masa ke semasa samada untuk datang sendiri ke Perpustakaan atau menggunakan OPAC sebagai medium pencarian.

Sila rujuk Galeri Foto untuk melihat gambar.

_______________________________________________________


PROGRAM JALINAN UKHUWAH PERPUSTAKAAN WAKAF MAIS BERSAMA TADIKA SRI ILMU, SHAH ALAM

Perpustakaan Wakaf MAIS – Program Jalinan Ukhuwah Perpustakaan Wakaf MAIS bersama Tadika Sri Ilmu, Seksyen 3 telah di adakan pada 28 Jun 2011 yang bertujuan untuk mendedahkan para pelajar tadika tentang kepentingan perpustakaan sebagai tempat mengumpul dan mencari ilmu.

Program yang telah berlangsung selama setengah hari ini telah disertai oleh pelajar Tadika Sri Ilmu termasuk seorang pengusaha tadika tersebut iaitu Puan Farah dan seorang guru iaitu Puan Nisha beserta seramai 16 orang pelajar. Program yang telah dijalankan seperti pertandingan mewarna, pertandingan menyambung noktah-noktah, “Music chair” dan pertandingan bercerita.

Program ini juga bertujuan untuk memperkenalkan Perpustakaan Wakaf MAIS kepada para pelajar, ibubapa dan guru-guru di Tadika Sri Ilmu supaya mereka mendapat maklumat tentang kepentingan perpustakaan dan berharap pelajar terbabit dapat menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua pada masa akan datang. 

Sila rujuk Galeri Foto untuk melihat gambar.

-------------------------------------------------------------------

PROGRAM JALINAN UKHUWAH PERPUSTAKAAN WAKAF MAIS BERSAMA PERPUSTAKAAN DAMAI RUMAH ANAK YATIM DAMAI, KUANG


Perpustakaan Wakaf MAIS – Program Jalinan Ukhuwah Perpustakaan Wakaf MAIS bersama Perpustakaan Damai, Kuang telah di adakan pada 15 September 2011 yang bertujuan untuk membantu dan memberi cadangan serta khidmat nasihat bagi penubuhan dan perkhidmatan yang bakal dilaksanakan Perpustakaan Damai, Kuang.

Program yang telah berlangsung selama setengah hari ini telah disertai oleh Pengetua Persatuan Kebajikan Rumah Anak-Anak Yatim Damai, Kuang iaitu Ustaz Tuan Haji Suhaimi Bin Dzajuli serta Pegawai Perpustakaan Damai iaitu Puan Maziah Bt. Haji Mustapa dan pihak Perpustakaan Wakaf MAIS telah diketuai oleh seorang Pustakawan, En Mohd Hafiz Bin Abdul Salam disertai seramai 4 orang pegawai lain termasuk seorang pelajar praktikal dari Fakulti Pendidikan Sains Sosial, Universiti Industri Selangor (UNISEL).

Sila rujuk Galeri Foto untuk melihat gambar.  

-------------------------------------------------------------------------

LAWATAN KERJA PERPUSTAKAAN WAKAF KE PERPUSTAKAAN INSTITUT LATIHAN ISLAM MALAYSIA (ILIM)


Perpustakaan Wakaf MAIS – Program lawatan kerja Perpustakaan Wakaf MAIS ke Perpustakaan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM)  telah diadakan pada 20 Disember 2011 yang bertujuan untuk mengetahui serta mengkaji keberkesanan dan koleksi Perpustakaan Islam lain terutamanya Perpustakaan ILIM disamping dapat mengeratkan jalinan kerjasama dan bertukar-tukar idea diantara Perpustakaan ILIM dan Perpustakaan Wakaf MAIS.


Rombongan Perpustakaan Wakaf MAIS seramai 4 orang yang diketuai oleh Encik Mohd Hafiz bin Abdul Salam (Pustakawan) telah diberikan taklimat ringkas mengenai operasi keseluruhan dan perkhidmatan yang ditawarkan Perpustakaan Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) yang disampaikan oleh Puan Nasimah Binti Badaruddin (Pustakawan) yang dibantu oleh En. Jaffrey Bin Tukiban selaku Penolong Pegawai Perpustakaan.


Program lawatan kerja ini juga diharap dapat membantu Perpustakaan Wakaf MAIS untuk mengetahui kebaikan sistem lain yang digunakan oleh Perpustakaan ILIM dan cara pengkatalogan bahan-bahan perpustakaan berkaitan bidang agama dengan lebih baik dan aktiviti-aktiviti perpustakaan yang telah dijalankan sepanjang tahun yang dapat dikongsi untuk manfaat bersama.

Sila rujuk galeri foto untuk melihat gambar.

-------------------------------------------------------------------------
PROGRAM PERALIHAN DATA SIRI 2 PERPUSTAKAAN WAKAF MAIS BERSAMA PELAJAR UNISEL
Shah Alam – Program Peralihan Data Siri 2 untuk Perpustakaan Wakaf MAIS telah diilhamkan oleh pensyarah dari Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial bagi kursus Diploma Sains dan Perpustakaan, UNISEL bertujuan memdedahkan para pelajar kepada dunia sebenar pengurusan perpustakaan secara teori dan teknikal.
Program ini telah berlangsung selama 2 hari pada 14 dan 15 Jun 2012 yang melibatkan 14 orang pelajar UNISEL termasuk seorang pensyarah iaitu Puan Fadliah Binti Darini. Program peralihan data ini bermula daripada proses awalan iaitu mengkatalog buku secara manual, perkomputeran (Sistem V-Lib) dan sehingga menyusun buku ke atas rak mengikut nombor panggilan buku tersebut.
Program ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran berkomunikasi pegawai-pegawai Perpustakaan Wakaf MAIS disamping perkongsian ilmu pengetahuan yang baru bersama pensyarah dan para pelajar UNISEL dalam program ini. 


Sila rujuk galeri foto untuk melihat gambar.  
 
-------------------------------------------------------------------------

JALINAN MAHABBAH PERPUSTAKAAN WAKAF MAIS BERSAMA TADIKA KEMAS PERMATA, SHAH ALAM 
Shah Alam – Program Jalinan Mahabbah Perpustakaan Wakaf MAIS bersama Tadika Kemas Permata, Seksyen 8 telah berlangsung pada 23 Oktober 2012 dengan jayanya baru-baru ini bagi mendedahkan para pelajar tadika tentang kepentingan perpustakaan sebagai tempat mengumpul bahan pelajaran dan mencari ilmu.

Program yang diadakan selama setengah hari ini melibatkan kesemua pelajar tadika seramai 40 orang dan 3 orang pegawai dari Perpustakaan Wakaf dan turut disertai oleh 2 orang tenaga pengajar tadika tersebut. Antara aktiviti yang diadakan ialah tarian “chicken dance” diikuti pertandingan mewarna, pertandingan padan dan warna, pertandingan melabel anggota badan dan pertandingan menyusun puzzle.

Selain merapatkan hubungan ukhwah, program seperti ini, secara tidak langsung dapat memperkenalkan Perpustakaan Wakaf MAIS kepada para pelajar, ibu bapa dan guru-guru di Tadika Kemas Permata supaya mereka mendapat maklumat tentang kepentingan perpustakaan dan berharap pelajar terbabit dapat menjadikan perpustakaan sebagai rumah kedua.

Sila rujuk galeri foto untuk melihat gambar. 
 
-------------------------------------------------------------------------

LAWATAN PERPUSTAKAAN WAKAF KE INFOLIB BERNAMA

KUALA LUMPUR  –  Perpustakaan Wakaf MAIS telah mengadakan lawatan ke InfoLib, Pusat Maklumat Perpustakaan Bernama pada 26 Februari 2013 lalu bertujuan mengkaji keberkesanan koleksi Perpustakaan lain terutamanya Perpustakaan Bernama di samping dapat mengeratkan jalinan kerjasama di antara Perpustakaan Bernama dan Perpustakaan Wakaf MAIS.

Rombongan Perpustakaan Wakaf MAIS seramai empat (4) orang diketuai oleh Pengurus Perpustakaan, Encik Mohd Hafiz bin Abdul Salam telah diberikan taklimat ringkas mengenai operasi keseluruhan dan perkhidmatan Perpustakaan yang disampaikan oleh Puan Hasnita bt Ibrahim, Pengurus Maklumat serta dibantu oleh Puan Masfaliza bt Masmuda, Pustakawan.

Program lawatan kerja ini diharap dapat membantu Perpustakaan Wakaf MAIS untuk mengetahui sistem yang diguna pakai oleh Perpustakaan Bernama dan cara pengkatalogan bahan-bahan perpustakaan terutama dari semua aspek dengan lebih baik serta aktiviti-aktiviti perpustakaan yang telah dijalankan sepanjang tahun yang dapat dikongsi bersama.

Sila rujuk galeri foto untuk melihat gambar. 
 

-------------------------------------------------------------------------

PERPUSTAKAAN WAKAF MAIS SUMBANG BUKU KEPADA HOSPITAL SERDANG

SERDANG – Satu program sumbangan buku telah diadakan di Wad Kanak-Kanak, Hospital Serdang baru-baru ini. Sebanyak 181 buah buku sumbangan Perpustakaan Wakaf telah disumbangkan ke wad berkenaan melalui Unit Hal Ehwal Islam, Hospital Serdang yang disampaikan oleh Encik Mohd Hafiz bin Abd Salam, Pengurus Perpustakaan Wakaf MAIS kepada Puan Zalimah, Ketua Jururawat Wad Kanak-kanak, Hospital Serdang.
 
Rombongan Perpustakaan Wakaf MAIS telah diberikan taklimat ringkas mengenai operasi keseluruhan dan perkhidmatan yang dijalankan oleh Wad Kanak-kanak, Hospital Serdang yang disampaikan oleh Puan Zalimah sendiri.

Sumbangan buku ini adalah hasil dari sumbangan orang ramai melalui “Program Wakaf Buku Perpustakaan Wakaf” yang telah dilancarkan oleh Setiausaha MAIS sendiri pada 23 April 2013. Program ini telah berjalan sepanjang tahun dalam mengumpulkan sebanyak mungkin bahan-bahan bacaan sumbangan orang ramai yang bermanfaat kepada semua. Perpustakaan Wakaf akan menyumbangkan buku-buku ini ke beberapa tempat yang terpilih antaranya rumah-rumah anak yatim, Hospital, Rumah Perlindungan Wanita (Baitul Ehsan) dan Rumah Pemulihan Akidah (Baitul Iman).

Program sumbangan ini juga diharap dapat membantu Wad Kanak-kanak, Hospital Serdang dalam menyediakan bahan-bahan bacaan bagi pesakit kanak-kanak serta dapat dikongsi untuk manfaat semua.
 
Sila rujuk galeri foto untuk melihat gambar. 
 

-------------------------------------------------------------------------
  

No comments:

Post a Comment