Perkhidmatan dan Kemudahan

Perpustakaan Wakaf MAIS menyediakan perkhidmatan menerusi 3 saluran berikut :

•    Cyber@MAIS
•    Kaunter khidmat Rujukan
•    Perpustakaan


Semua perkhidmatan ini ditempatkan di bawah satu bumbung, menjadikan Perpustakaan Wakaf MAIS sebagai sebuah pusat sehenti bagi perkhidmatan maklumat MAIS kepada masyarakat awam.

1.    Cyber@MAIS

Dibawah perkhidmatan ini, kemudahan komputer beserta internet disediakan bagi pengguna melayari internet dan membuat carian maklumat bagi tujuan penyelidikan, melengkapkan tugasan, berkomunikasi dan sebagainya.

2.    Kaunter Khidmat Rujukan

Memberi maklumat awal dan sebagai tempat rujukan yang membolehkan pengguna mendapatkan maklumat, atau membuat pertanyaan berhubung perkhidmatan yang disediakan Majlis seperti perkhidmatan zakat, wakaf, usaha dakwah dan lain-lain. Menyediakan dan menyebar dakwah yang dikenalpasti berguna kepada kumpulan pengguna.

3.    Perkhidmatan Perpustakaan

Sebuah perpustakaan yang lengkap dengan bahan sumber bercetak dan elektronik, di samping menyediakan perkhidmatan bagi kumpulan pengguna yang telah dikenalpasti. Antara perkhidmatan dan kemudahan yang disediakan ialah :

Pinjaman Buku  -  pinjaman buku dari koleksi umum Perpustakaan bagi satu tempoh yang ditetapkan.

Khidmat Meja-Rujukan  -  menjawab pertanyaan umum pengguna mengenai apa sahaja berkaitan koleksi bahan, perkhidmatan pusat sumber dan juga menyediakan maklumat segera atau ‘’ready reference’’ yang boleh diperolehi dari sumber rujukan utama.

Multimedia dan AV  -  membolehkan pengguna menimba pengetahuan dan mempelajari bahasa kedua, agama Islam, pengetahuan am, dan kemahiran baru menerusi sumber bahan multimedia seperti CD-ROM atau alatan pandang dengar seperti CD/DVD.

Buku Rujukan  -  Membolehkan pengguna membuat rujukan dan kajian menggunakan bahan rujukan yang hanya boleh digunakan di dalam perpustakaan.

Khidmat Reprografik  -  menyediakan perkhidmatan menyalin semula menerusi kemudahan mesin photokopi dan penyalin kepada pengguna.