1. Bulan
Membaca MAIS pada 3 Jun 2013 sehingga 28 Jun 2013. Diantara
aktiviti-aktiviti yang bakal dijalankan adalah seperti:
1.1 Pertandingan Fotografi (Keranamu
MAIS)
1.2 Pertandingan Review Buku
1.3 Pertandingan Silangkata dan
slogan (Saya sayangkan MAIS kerana…)
1.4 Pertandingan Menulis Surat
Luahan Hati Kepada MAIS
1.5 Pertandingan
Pinjaman Buku Terbanyak
1.6 Pertandingan Teka Jumlah
Buku dan Berat Keseluruhan
2. Le Tour de
MAIS
Program
Le Tour de MAIS adalah satu perkhidmatan troli bergerak kepada setiap
bahagian untuk menggalakan pinjaman buku kepada setiap Pegawai di MAIS. Troli
akan tiba di setiap bahagian pada setiap hari Isnin sepanjang tahun.
Peminjam hanya perlu memasukan buku kedalam kotak book drop yang akan
disediakan di Bangunan MAIS untuk memudahkan proses pemulangan buku.
3. Friendly Library
Card
Setiap
ahli yang berminat akan diberikan kad friendly ini yang
mengandungi 12 kolum untuk di cop dengan smiley face sebanyak 12 kali
untuk setiap buah buku yang dipinjam. Setelah penuh cop tersebut boleh ditukar
dengan hadiah dan kad baru akan diberikan. Program ini terbuka sepanjang tahun.
4. Program Wakaf
Buku Perpustakaan Wakaf
Program
Wakaf Buku Perpustakaan Wakaf ini adalah program inisiatif perpustakaan sendiri
bagi menggalakkan pegawai MAIS dan rakyat Selangor amnya menjadikan buku
sebagai salah satu bentuk wakaf bagi manfaat masyarakat umum. Program ini akan
berjalan sepanjang tahun. (SEDANG BERJALAN SEPANJANG TAHUN – Telah
dirasmikan pada 23 April 2013)