Latar Belakang

Sejarah Penubuhan Perpustakaan Wakaf


BIL
PERKARA
KELULUSAN MESYUARAT
TINDAKAN
1.

Perancangan untuk menubuhkan Perpustakaan Wakaf ini termasuk dalam Pelan Bertindak Pembangunan Harta Wakaf Negeri Selangor 2005-2010 Majlis Agama Islam Selangor.  Perpustakaan Wakaf telah disasarkan untuk menjadi ikon wakaf dalam tahun 2007 dan dirancang untuk dibuka pada awal tahun 2008.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf
(Tarikh bentang : 25 Mei 2005).
Bahagian Mal

dan

Bahagian Perancang Ekonomi
2.

Pembentangan kertas cadangan penubuhan Pusat Sumber Digital MAIS (PSDM) telah bersetuju tentang konsep dan kaedah perlaksanaan yang dicadangkan dengan kos sekitar RM350,000.00 yang dibiayai dibawah sebuah dana wakaf khas yang bakal diwujudkan.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf Bil.2/2006
(Tarikh bentang : 28 Jun 2006).
Bahagian Mal

dan

Bahagian Perancang Ekonomi
3.

Kertas cadangan kaedah kutipan dan penggunaan borang dana wakaf khas bagi projek penubuhan Pusat Maklumat Komuniti Siber MAIS

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIS bil.3/2006
(Tarikh bentang : 6 September 2006)
Setiausaha Mesyuarat
4.

DImaklumkan bahawa kutipan dana wakaf khas untuk tujuan penubuhan pusat maklumat komuniti siber MAIS masih belum berjalan dan pada masa yang sama satu lagi kertas cadangan memohon peruntukan zakat untuk kerja-kerja penubuhan Pusat Komuniti terbabit telah diajukan kepada Lembaga Zakat Selangor.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIS bil.4/2006
(Tarikh bentang : 16 Oktober 2006)
Setiausaha Mesyuarat
5.

Kertas makluman pemansuhan status kutipan menerusi dana saham wakaf khas dan cadangan penggunaan kutipan umum saham wakaf am bagi kerja-kerja penubuhan Pusat Maklumat Komuniti Siber MAIS. Mesyuarat bersetuju meluluskan penggunaan dana saham wakaf am berjumlah RM350,000.00 daripada RM1.1 juta yang sedia ada bagi tujuan penubuhan tersebut.

Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIS bil.1/2007
(Tarikh bentang : 9 Januari 2007)
Setiausaha Mesyuarat
6.
Dasar dan peraturan Perpustakaan Wakaf telah pun dilaksanakan dengan melakukan beberapa pindaan yang telah diputuskan didalam Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIS bil.3/2007
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIS bil.3/2007
(Tarikh bentang : 29 Ogos 2007)
Bahagian
Pengurusan
7.

Mesyuarat dimaklumkan bahawa kerja-kerja pengubahsuaian, pemasangan kabel Komputer, dan membekal peralatan telahpun selesai dan Perpustakaan Wakaf mula beroperasi pada 28 Januari 2008.


Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIS bil.1/2008

Bahagian
Pengurusan
8.
Permohonan peruntukan kewangan bagi keperluan pengurusan Perpustakaan Wakaf telah diluluskan untuk pembelian buku rujukan menggunakan sumber wakaf manakala tuntutan kerja lebih masa bagi kakitangan hendaklah menggunakan peruntukan baitulmal.
Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Wakaf MAIS bil.1/2008
(Tarikh bentang : 19 Februari 2008)
Bahagian
Pengurusan
Dan
Bahagian Baitulmal
9.

Program pembangunan koleksi dan menaik taraf Perpustakaan Wakaf MAIS. Permohonan dana zakat telah diluluskan sebanyak RM143,000.00.

Mesyuarat Lembaga Pemegang Amanah Lembaga Zakat Selangor MAIS Bil.11/1/2009.
(Tarikh bentang : 10 Mac 2009)
Pustakawan, Perpustakaan Wakaf MAIS
10.
Rentetan dari kelulusan Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia bil.8/2008 dan bil.9/2008 berkaitan pengstrukturan baru Bahagian Pengurusan yang mengasingkan 2 unit dibawahnya iaitu Unit Pusat Sumber dan Unit Teknologi Maklumat. Kedua-dua unit ini belum diputuskan dimana kedudukan dan dibawah tanggungjawab siapa. Pembentangan kertas kerja untuk Penstrukturan baru Perpustakaan Wakaf telah dibuat pada 15 April 2009 dalam Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia BIL.2/2009. Antara perubahannya adalah:

·        Diletakkan sebagai bahagian baru MAIS dan terus dibawah tanggungjawab Timbalan Setiausaha MAIS
·        Perubahan nama dari Unit Pusat Sumber kepada Perpustakaan Wakaf MAIS
·        Pengisian waran jawatan Penolong Pegawai Perpustakaan S27
Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia bil.2/2009
(Tarikh bentang : 15 April 2009)
Pustakawan, Perpustakaan Wakaf MAIS
11.
Waktu operasi Perpustakaan Wakaf MAIS
9pagi - 5.30petang
Mesyuarat Pengurusan MAIS bil.2/2009
(Tarikh bentang : 29 April 2009)
Pustakawan, Perpustakaan Wakaf MAIS
12.

Kertas cadangan penambahbaikan maklumat dan pendokumentasian Perpustakaan Wakaf telah dibentangkan Maklumat tersebut meliputi objektif, fungsi, perkhidmatan, bayaran dan denda serta peraturan yang akan digunapakai oleh Perpustakaan Wakaf MAIS.

Mesyuarat Pengurusan MAIS Bil.3/2009 
(Tarikh bentang : 29 Jun 2009)
Pustakawan, Perpustakaan Wakaf MAIS
13.
Satu lagi waran perjawatan Perpustakaan Wakaf iaitu jawatan Pembantu Am Pejabat N1 telah diluluskan. Jawatan ini akan diisi pada bulan 1 November 2010. Jumlah keseluruhan waran tetap pegawai Perpustakaan Wakaf MAIS yang terkini adalah seramai 4 orang iaitu Pustakawan, Penolong Pegawai Perpustakaan, Pembantu Tadbir dan Pembantu Am Pejabat.
Mesyuarat Jawatankuasa Sumber Manusia Bil.4/2010 (Tarikh bentang : 5 Julai 2010)
Pustakawan, Perpustakaan Wakaf MAIS
14.
Perubahan struktur MAIS telah meletakkan Bahagian Perpustakaan Wakaf di bawah sektor lain iaitu Sektor Pembangunan Sosial dan perubahan jawatan Pustakawan kepada jawatan Pengurus Perpustakaan.
Mesyuarat Khas Jawatankuasa Sumber Manusia Bil.1/2012
(Tarikh : 30 Januari 2012)
Pengurus, Perpustakaan Wakaf MAIS

Perubahan Nama

Pusat Sumber Digital MAIS(PSDM)
28 Jun 2006

Pusat Maklumat Komuniti Siber MAIS diletakan dibawah tanggjawab
Unit Pusat Sumber, Bahagian Pengurusan MAIS
6 September 2006

Perpustakaan Wakaf (Unit Pusat Sumber, Bahagian Pengurusan MAIS) - Mula operasi
 28 Januari 2008

Perpustakaan Wakaf MAIS (Bahagian)
15 April 2009




Latarbelakang Perpustakaan Wakaf


Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) merupakan sebuah badan yang diwujudkan untuk melaksanakan agenda membangunkan sosial dan ekonomi masyarakat Islam di negeri ini. Tanggungjawab ini diterjemahkan dengan jelas di dalam seksyen 7, Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003:

“Maka hendaklah menjadi kewajipan Majlis untuk menggalakkan, mendorong, membantu dan mengusahakan kemajuan dan kesejahteraan ekonomi dan sosial masyarakat Islam di Negeri Selangor selaras dengan hukum syarak”

Kewajipan ini juga terkandung di dalam kenyataan Misi Majlis iaitu:
“Pembangunan ummah melalui pembentukan masyarakat beriman, berilmu dan berakhlak, ekonomi yang perkasa, usaha-usaha dakwah yang berkesan, pengurusan harta yang cekap dan institusi agama yang proaktif”

Salah satu dari strategi Majlis bagi memperkasakan misi ini ialah usaha “pembentukan masyarakat berilmu, beriman, dan berakhlak,” dan antara program yang menjayakan strategi ini ialah dengan tertubuhnya sebuah Perpustakaan Wakaf yang baru memulakan operasinya pada awal tahun 2008.

Sebagai sebuah institusi agama yang proaktif dan menyedari bahawa pembangunan ummah juga bermakna maklumat dan sumber bahan berkaitan dengannya perlu diakses oleh semua pihak, inisiatif diambil bagi membangunkan koleksi, kemudahan dan perkhidmatan Perpustakaan Wakaf yang bertempat di Wisma MAIS Seksyen 3, Shah Alam. 


Objektif Perpustakaan Wakaf

i.   Mengumpul dan memelihara koleksi terbaik dalam pelbagai bidang dan sumber terutama Islam dalam membina generasi ummah yang gemilang.

ii.  Menyediakan maklumat dan sumber rujukan kepada MAIS dan anak syarikat dalam membuat penyelidikan, pembelajaran dan penyebaran maklumat.

iii.  Menjadi pusat rujukan maklumat Islam dalam menyokong misi MAIS dalam melahirkan generasi Islam yang berilmu, beriman dan beramal.

iv. Mendidik dan menyuburkan semangat mencintai ilmu melalui penggunaan IT di kalangan masyarakat Islam Negeri Selangor.



Fungsi dan Peranan Perpustakaan Wakaf

Perpustakaan Wakaf ini ditubuhkan bagi :


•    Mewujudkan suasana pembelajaran yang kondusif


•    Mengumpul bahan sumber maklumat yang relevan mengikut keperluan penggunanya
     dan memudahkan capaiannya.


•    Memberi perkhidmatan maklumat yang komprehensif


•    Menggalakkan pengguna untuk mengunakan bahan-bahan   sumbernya


•    Membantu pengguna dalam usaha mengakses maklumat dari sumber luar

1 comment: