Ketika Islam diterima dengan baik oleh
masyarakat Madinah, Rasulullah kemudian mengizinkan umat Islam yang ada di
Makkah untuk berhijrah. Para sahabat pun segera mempersiapkan diri. Orang
pertama yang dicadangkan berangkat adalah Abu Salamah bin Abdul Saat dan
isterinya Hindun binti Abi Umayyah (Ummu Salamah). Namun takdir Allah
menentukan lain, Ummu Salamah bertahan di Makkah. Namun akhirnya dia keluar
satu tahun kemudian bersama puteranya Salamah diiringi Utsman bin Abi Thalhah
yang ketika itu belum masuk Islam.
Sedikit
demi sedikit, kaum Muslimin meninggalkan Makkah hingga tidak ada yang tinggal
di Bandar itu kecuali beberapa orang termasuk Rasulullah, Abu Bakar, dan Ali
bin Abi Talib Dan keduanya menunggu perintah Rasulullah yang juga sedang
menunggu perintah Allah bila masa yang sesuai keluar meninggalkan Makkah.
Pihak
Musyrikin yang mengetahui para sahabat Rasulullah telah pergi membawa harta,
anak, dan isteri mereka ke negeri Aus dan Khazraj (Madinah), meyakini bahawa
negeri tersebut akan membela dan melindungi Rasulullah. Oleh itu mereka
khuatir, jika Rasulullah kemudiannya menyusul, nescaya umat Islam akan
mempunyai kekuatan. Maka sebelum hal itu terjadi, mereka bersepakat untuk
membunuh Rasulullah.
Suatu
siang, datanglah Rasulullah ke rumah Abu Bakar dan “Keluarkanlah siapa pun yang
ada di rumahmu.” Kata Abu Bakar, ‘Mereka adalah keluargamu juga, wahai
Rasulullah.” Rasulullah berkata, “Allah telah mengizinkan saya keluar.”
Abu
Bakar berkata, “Saya yang akan menyertaimu, wahai Rasulullah?” Kata Rasulullah,
“Ya.” Kemudian Abu Bakar mengatakan, “Ambillah salah satu kenderaanku ini, demi
bapak dan ibuku tebusanmu.“
Rasulullah
berkata, “Dengan harga.” Aisyah menceritakan, “Kemudian kami mempersiapkan
segala sesuatu untuk bekal pemergian Rasulullah dan Abu Bakar. Asma binti Abi
Bakar memotong kain pinggangnya menjadi dua bahagian, satu untuk mengikat pinggang
dan yang lain untuk membawa bekal tersebut. Dan sejak itu dia dikenali Dzatu
Nithaqain (Perempuan yang Memiliki Dua Ikat Pinggang).
Ibnul
Qayyim mengisahkan (Zadul Ma’ad 3/54), Al-Hakim (dalam Al-Mustadrak) dari Umar,
menceritakan bahawa Rasulullah dan Abu Bakar berangkat menuju gua Tsur. Dalam
perjalanan itu, kadang-kadang Abu Bakar berjalan di depan, kadang di belakang
Rasulullah. Melihat hal ini, Rasulullah bertanya, dan Abu Bakar menjawab,
“Wahai Rasulullah, kalau saya teringat pengintai dari depan, saya sengaja
berjalan di depan, kalau saya ingat kepada para pengejar, maka saya berjalan di
belakang.”
Kata
Rasulullah, “Apakah kau ingin jika terjadi sesuatu, engkau yang mengalaminya,
bukan aku?” Kata Abu Bakar, “Ya.” Demikianlah, keduanya sampai dan bersembunyi
di dalam gua. Sementara orang-orang kafir Quraisy yang kehilangan jejak,
menyebarkan para pencari jejak hingga ke mulut gua. Ketika itu Abu Bakar
berkata sebagaimana disebutkan dalam hadis Anas bin Malik, “Wahai Rasulullah,
seandainya salah seorang dari mereka melihat ke bawah, nescaya mereka melihat
kita.”
Rasulullah
r bersabda, “ Bagaimana menurutmu dengan (keadaan) dua orang di mana Allah
adalah yang ketiganya. Janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama kita,”
(Sahih, Riwayat Al-Bukhari dan Muslim).
Didalam
Sahih Al-Bukhari disebutkan bahawa Abdullah bin Abi Bakar selalu bermalam di
gua bersama Rasulullah dan Abu Bakar. Dia seorang pemuda yang cerdik. Sebelum
fajar dia sudah berkumpul kembali di tengah orang-orang kafir Quraisy untuk
mendengar berita daripada mereka dan menyampaikannya kepada Rasulullah dan Abu
Bakar. Sementara salah seorang bekas budak yang dimerdekakan Abu Bakar, Amir
bin Fuhairah senantiasa menggembala kambingnya di sekitar gua dan memerahkan
susu untuk Rasulullah dan Abu Bakar. Demikianlah hal ini berjalan selama tiga
malam.
Kisah
Suraqah bin Malik
Setelah berusaha mencari ke seluruh pelosok
Makkah, kaum Quraisy tidak juga menemukan Rasulullah dan Abu Bakar. Akhirnya,
mereka membuat peraduan, barang siapa yang Berjaya membawa Rasulullah dan Abu
Bakar hidup atau mati, akan diberi hadiah. Manakala Rasulullah dan Abu Bakar
mulai meningglkan Makkah menyusuri tepi pantai menuju Madinah.
Sesampai
di daerah Bani Mudlij, seseorang melihat mereka dan melaporkan kepada Suraqah
bin Malik bin Ju’syum. Berita ini ditolak oleh Suraqah, Namun secara
senyap-senyap dia memerintahkan budaknya membawa kuda dan tombak keluar dari
belakang rumah (dan disuruh) menunggu di balik gunung.
Setelah
itu, dia memacu kudanya mengejar Rasulullah dan Abu Bakar. Abu Bakar yang
mengetahuinya berkata, Ya Rasulullah, lihat Suraqah bin Malik mengikuti kita.”
Rasulullah pun berdoa. Akhirnya kuda Suraqah beberapa kali tersungkur. Kemudian
dia berputus asa, lalu meminta Rasulullah dan Abu Bakar berhenti. Setelah
bercakap dengan Rasulullah, Suraqah meminta dituliskan perjanjian persefahaman.
Persefahaman itu dipegangnya hingga peristiwa Fathuh Makkah.
Suraqah
kemudian menyerahkan tambahan bekalan makanan kepada Rasulullah, namun
Rasulullah menolak secara halus sambil mengatakan, “Tidak. Tapi alihkan
perhatian para pengejar dari kami.” Maka setelah itu setiap kali bertemu dengan
para pencari jejakrombongan Rasulullah, Suraqah selalu mengatakan: “Saya sudah
mencari maklumat dan tidak terlihat yang kalian cari.’
Demikianlah,
awalnya dia berusaha menangkap Rasulullah dan Abu Bakar, namun akhirnya dia
menjadi pelindung.
Kisah
Ummu Ma’bad
Ibnul Qayyim menceritakan; “Rombongan
Rasulullah meneruskan perjalanan dan singgah di kemah Ummu Ma’bad, yang tinggal
di padang pasir (dan suka) memberi makan dan minum para musafir yang singgah di
tempatnya.” Rombongan singgah di sana dan menanyakan apa gerangan yang
dimilikinya. Ummu Ma’bad mengatakan tidak ada kecuali kambing yang jauh dari
tempat gembala. Seterusnya Rasulullah minta izin untuk memerah susunya. Ummu
Ma’bad pun mengizinkan.
Rasulullah
dengan menyebut nama Allah, mengusap susu kambing tersebut lalu berdoa.
Memancarlah susu kambing itu yang kemudian ditampung dalam sebuah bejana.
Baginda menyuruh Ummu Ma’bad minum, setelah itu para sahabatnya, baru kemudian
baginda sendiri. Setelah semua puas, baginda memenuhi bejana itu kembali dan
meninggalkannya di sana, kemudian meneruskan perjalanan. Tidak lama kemudian,
Abu Ma’bad suami Ummu Ma’bad pulang dan terhairan-hairan melihat bejana yang
penuh dengan air susu. Dia bertanya dari mana ini susu itu datangnya? Ummu
Ma’bad mengatakan bahawa baru saja singgah seorang lelaki penuh berkat dengan
sifat demikian dan demikian. Mendengar keterangan isterinya, Abu Ma’bad segera
meyakini bahawa orang itulah yang dicari-cari kaum Quraisy. Dan dia bertekad
seandainya mempunyai peluang akan menemui lelaki itu.
Tiba
di Madinah
Orang-orang Ansar yang mendengar berita
keluarnya Rasulullah dari bandar Dan Makkah berusaha untuk menanti. Setiap hari
dari pagi hingga matahari meninggi, mereka menunggu kedatangan rombongan
Rasulullah di pinggiran bandar. Namun setelah beberapa hari, yang ditunggu
belum juga tampak.
Pada
hari ke-12 bulan Rabi’ul Awwal, mereka menunggu seperti biasa. Ketika matahari
mula terik, mereka pun bersiap untuk kembali ke rumah masing-masing. Seorang
Yahudi yang ketika memanjat rumahnya untuk suatu keperluan, melihat bayangan
dari jauh dan tidak dapat menahan dirinya. Dengan lantang dia berteriak bahawa
yang ditunggu-tunggu telah datang.
Mendengar
hal itu, orang-orang Ansar bergegas menyandang senjata dan menuju ke pinggiran
bandar menyambut rombongan Rasulullah. Kaum muslimin bertakbir gembira dengan
kedatangan rombongan Rasulullah ini. Mereka menyambut dengan penuh kehormatan
menurut syariat Islam. Setelah melalui pelbagai rintangan, Rasulullah bersama
rombongan akhirnya berjaya memasuki bandar Madinah.
Masjid
Pertama
Ketika Rasulullah sampai di Madinah,
sebenarnya kaum muslimin di Madinah masih ramai yang belum mengenali Rasulullah
dan Abu Bakar Ash-Shiddiq. Selepas melihat seseorang melindung seorang yang
lain daripada terik matahari, mereka mengenai yang dilindungi itu adalah
Rasulullah.
Rasulullah
singgah di Quba, tempat Kultsum bin Al-Hidmi di perkampungan Bani ‘Amr bin ‘Auf
selama beberapa hari dan mulai membangun Masjid Quba. Inilah masjid pertama
yang dibangunkan sejak baginda tiba di Madinah.
Terjadi
perbezaan pendapat di kalangan para ulama, masjid apa yang pertama dibangun di
atas dasar ketakwaan, Ada yang mengatakan bahawa yang dimaksudkan adalah Masjid
Quba, dan ini diriwayatkan dari Ibnu Abbas, Adh-Dhahhak, dan Al-Hasan. Mereka
berpegang kepada kalimat : 9sejak hari pertama) ; Masjid Quba adalah yang
pertama kali dibangunkan di Madinah sebelum Masjid Rasulullah (Masjid Nabawi).
Demikian
juga pendapat Ibnu ‘Umar, Sai’d bin Musayyab, dan Al-Imam Malik menurut riwayat
Ibnu Wahb, Asyhab, dan Ibnul Qasim. Setelah menukilkan beberapa hadis, Al-Imam
Al-Qurthubi dalam Tafsir-nya mengatakan bahawa hadis ini menunjukkan bahawa
masjid yang dimaksud adalah Masjid Quba. Dan ini pula pendapat Asy-Syaikh
Abdurrahman As Sa’di dalam At-Taisir.
Namun
ada pula yang mengatakan, masjid itu adalah Masjid Nabawi. Al-Imam At-Tirmidzi
meriwayatkan dari Abu Sa’id Al-Khudri tentang dua orang sahabat yang berdebat
tentang masjid yang dimaksudkan dalam ayat ini, kemudian disampaikan kepada
Rasulullah, dan kata baginda : “ Itu adalah Masjidku.” Al-Imam At-Tirmidzi
berkata bahawa hadis ini sahih. Ibnu Katsir menerangkan bahawa susunan ayat ini
menggambar Masjid Quba, kemudian beliau meneruskan, dengan menukilkan riwayat
Al-Imam At-Tirmidzi dari hadis Abu Said Al-Khudri sebelumnya, dan berkata : Ini
sahih, dan tidak ada pertentangan antara ayat dengan hadis tersebut. Kerana
kalau Masjid Quba dianggap sebagai masjid pertama yang didirikan di atas dasar
ketakwaan, maka Masjid Rasulullah tentunya lebih utama dan lebih layak.” (Lihat
Tafsir Ibnu Katsir,2/474, dan Tafsir Al-Qurthubi).
Semasa
sampai di Madinah, beberapa orang sahabat cuba memegang tali unta baginda dan
menuntunnya dengan niat mengajak baginda singgah di tempatnya. Tapi Rasulullah
memerintahkan agar dibiarkan kerana untanya diperintah oleh Allah. Akhirnya,
rombongan tiba di lokasi masjid yang sekarang ini.
Ibnul
Qayyim mengisahkan bahawa Al-Imam Az-Zuhri menceritakan, beberapa kali unta
Rasulullah berputar dan akhirnya kembali di tempat dia menderum pertama kali.
Rasulullah turun dan segera disambut oleh Abu Ayyub, yang masih mempunyai
hubungan kekeluargaan dari Bani Najjar. Tanah lokasi masjid itu sebetulnya
milik dua anak yatim Sahl dan Suhail yang diasuh As’ad bin Zuharah. Rasulullah
membeli tanah itu dari keduanya untuk didirikan masjid di atasnya.
Setelah
membersihakn tanah itu dari kuburan orang Islamdan pohon-pohon gharqad,
mulailah tanah itu diratakan. Beberapa batang kurma ditebang dan disusun di
arah kiblat masjid. Ukuran panjangnya (dari kiblat sampai ke belakang) ketika
itu sekitar 100 hasta (kira-kira 50 meter). Begitu pula kedua sisinya, hampir
sama. Sedangkan tapak asasnya sekitar tiga hasta yang kemudian dibina dengan
bata.
Rasulullah
tidak duduk diam semasa pembinaan masjid ini dilakukan. Baginda bahkan ikut
mengangkat dan memindahkan tanah. Ketika itu, kiblat masih menghadap Baitul
Maqdis (Masjidil Aqsha). Atap masjid dibina menggunakan pelepah-pelepah kurma.
Setelah itu baru dibangunkan rumah untuk isteri-isteri baginda.
Mempersaudarakan
Muhajirin dan Ansar
Seterusnya Rasulullah mempersaudarakan
antara Muhajirin dan Ansar di rumah Anas bin Malik. Ketika itu mereka berjumlah
90 orang. Mereka dipersaudarakan atas persamaan, saling mewarisi sampai
terjadinya peristiwa Badar.
Setelah
Allah SWT menurunkan ayat : “ Dan orang-orang yang mempunyai hubungan darah
satu sama lain lebih berhak (waris mewarisi) di dalam kitab Allah…” (Al-Anfal:
75)
Maka
pewarisan dikembalikan kepada hubungan darah dan tidak lagi berdasarkan ukhuwah
diniyyah. Ibnu Katsir menerangkan dalam Tafsir-nya bahawa ayat ini menyatakan
pewarisan diantara sesame kerabat lebih utama daripada saling mewarisi antara
Muhajirin dan Ansar. Ayat ini menasikh (menghapus) hokum warisan sebelumnya
yang berdasarkan hilf (perjanjian) persaudaraan yang terjadi diantara mereka.
Kemudian
Ibnu Katsir menukilkan riwayat dari Az-Zubair bin Al-‘Awwam yang
dipersaudarakan dengan Kaab bin Malik, bahawa seandainya Kaab bin Malik
meninggal dunia ketika itu, dialah yang akan mewarisinya. Lalu turunlah ayat
dibawah. Begitu eratnya persaudaraan ini, Allah SWT menceritan tentang keadaan
ini dalam firman-Nya.
“Dan
orang-orang yang telah menempati Bandar Madinah dan telah beriman (yakni kaum
Ansar) sebelum (kedatangan) mereka (Muhajirin), mereka mencintai orang yang
berhijrah kepada mereka. Dan mereka tiada menaruh keinginan dalam hati mereka terhadap apa-apa yang diberiakn
kepada mereka (orang Muhajirin) atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka
memerlukan (apa yang mereka berikan itu). Dan siapa yang dipelihara daripada
kekikiran dirinya, mereka itulah orang-orang yang beruntung,” (Al-Hasyr: 9)
Ibnu
Katsir menerangkan dalam Tafsirnya : “Allah memuji orang-orang Ansar,
menjelaskan betapa tinggi kedudukan, kemuliaan, kemurahan, tidak adanya
kedengkian pada diri mereka, dan mereka mempunyai sikap suka mengutamakan serta
mendahulukan kepentingan orang lain daripada diri mereka sendiri meskipun
mereka sangat memerlukan.”
Al-Imam
Al-Bukhari meriwayatkan pula betapa mereka mencintai orang-orang Muhajirin yang
dating ke tempat mereka, yang kesemuanya itu didorong oleh kemuliaan peribadi
meeka. Mereka tidak mendapatkan dalam diri mereka kedengkian terhadap kedudukan
dan kemuliaan orang-orang Muhajirin, meskipun mereka disebut oleh Allah pertama
kali (dalam ayat tersebut). Al-Imam Al-Bukhari meriwayatkan dari Anas bin Malik
: “Rasulullah mengundang orang-orang Ansar untuk dibagikan kepada mereka harta
Bahrain, namun mereka berkata : “Tidak, kecuali kalau engkau bagikan pula
seperti itu kepada saudara-saudara kami kaum Muhajirin. Atau tidak sama sekali
.’ Rasulullah berkata: Kalau begitu bersabarlah, sampai kalian bertemu
denganku. Kerana sesungguhnya kalian akan dapati adanya atsarah (sikap pemimpin
yang mengutamakan diri sendiri) sepeninggalku.”
Berkaitan
dengan ayat tadi, disebutkan pula oleh Ibnu Katsir bagaimana para sahabat Ansar
mendahulukan kepentingan orang lain daripada diri mereka sendiri. Al-Imam
Al-Bukhari meriwayatkan : “Abu Hurairah menceritakan: “Ada seorang laki-laki
dating menemui Rasulullah, kemudian baginda perintahkan supaya menemui
isteri-isteri baginda. Namun kata mereka : ‘Kami tidak punya sesuatu kecuali
air (minum).’ Kemudian Rasulullah berkata : ‘Siapa yang menjamu tamu ini?’
Tiba-tiba seorang sahabat Ansar berkata : ‘Saya, wahai Rasulullah.’ Maka
berangkatlah dia membawanya ke rumah Sahabat Ansar ini berkata kepada isterinya
: ‘Muliakan (jamulah) tamu Rasulullah ini.’
Wanita
itu berkata, ‘Kita tidak punya apa-apa kecuali makanan untuk anak-anak.’
Suaminya berkata, ‘Siapkan makananmu itu, perbaiki pelitamu dan tidurkan
anak-anakmu. Kalau mereka minta makan, alihkan perhatian mereka.’
Wanita
itu melaksanakan perintah suaminya, dia mulai menidurkan anak-anak dan
menyiapkan makanan dan berdiri seakan-akan mahu memperbaiki pelita lalu
memadamkannya. Mereka pun berbuat seoalah-olahmemperlihatkan kepada tamunya itu
bahawa mereka juga ikut makan bersamanya.
Setelah
itu meeka berdua tertidur menahan lapar. Keesokan harinya ketika laki-laki yang
menyediakan jamuan itu menemui Rasulullah, baginda berkata : ‘Allah tertawa
melihat perbuatan kalian terhadap tamu kalian tadi malam.’
Maka
Allah menurunkan firman-Nya: ‘…dan mereka mengutamakan (orang-orang Muhajirin),
atas diri mereka sendiri. Sekalipun mereka memerlukan (apa yang mereka berikan
itu). Dan siapa yang dipelihara dari kekikiran dirinya, mereka itulah
orang-orang yang beruntung.’ Rasulullah telah mengingatkan pula sebagaimana
dalam hadis Anas bin Malik yang diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim:
“Tidak
(sempurna) iman salah seorang dari kalian, sehingga dia mencintai untuk
saudaranya apa-apa yang dicintainya untuk dirinya sendiri.”
“Seorang
mukmin dengan mukmin lainnya bagaikan bangunan yang kukuh, saling menguatkan
satu sama lain. Pelbagai kisah tentang persaudaraan Muhajirin dan Ansar yang
telah dicontohkan oleh generasi terbaik umat ini, dinukilkan dalam pelbagai
kitab sejarah, tafsir dan lainnya. Namun sejauh mana kita berusaha
menerapkannya dalam kehidupan kita di zaman di mana persaudaraan dan hubungan
kasih saying diikat dan dinilai dengan material, harta benda dunia?
Saban
tahun kita didedahkan dengan peristiwa Hijrah Rasulullah yang penuh dengan
kegigihan, kecekalan dan kesantunan. Semoga kisah ini menjadi bekalan kita
untuk berhijrah menuju kehidupan yang berasaskan Iman, Islam dan Ihsan sebagai
usaha mencontohi apa yang telah dicontohkan Rasulullah.
SUMBER
:
Majalah I, Disember 2011. Susunan : Ahmad Yani Abd Manaf, m/s 67 -70