Dalam
riwayat as-Sohihain pula: “Bukanlah yang dikatakan miskin itu seorang yang
meminta-minta daripada orang lain dan yang menerima satu atau dua makanan,
sebiji atau dua biji tamar, tetapi orang miskin yang sebenarnya ialah yang
tidak memperoleh kekayaan untuk memenuhi keperluannya, tidak diketahui pula
kemiskinannya untuk diberi kepadanya sedekah dan tidak pula dia pergi
meminta-minta kepada orang.”
Islam
menganggap orang miskin itu adalah mereka yang tidak mempunyai apa-apa pun
untuk keperluan hidupnya dan tidak pula menunjukkan kemiskinannya kepada umum
dengan cara meminta-minta.
Orang Miskin, Kaya
Maruah
Orang
miskin tetap kaya maruah tidak bergantung harap dan belas kasihan daripada
orang lain. Sekalipun tidak berharta, mereka tidak menunjukkan kelemahan dan
kekurangannya itu dengan cara mendesak, meminta-mintasedekah daripada orang
lain, tetapi berusaha memperbaiki nasib dirinya dengan segala tenaga dan upaya,
melakukan sebarang pekerjaan yang halal untuk mencari rezeki.
Kemiskinan
memang diakui wujud dalam masyarakat dan agama Islam menetapkan garis panduan
untuk mengurangkan atau menghapuskannya dengan bantuan mereka yang kaya menerusi
sumbangan sedekah.
Nabi
Muhammad SAW sendiri sering mengingatkan umatnya supaya sentiasa bersedekah
kerana ia adalah perbuatan yang mulia dan disanjung Islam berbanding mereka
yang meminta-minta. Dalam satu hadis lain, Baginda SAW bersabda: “Tangan yang
diatas (memberi) itu adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah
(meminta-minta) dan mulakan pemberian itu kepada mereka yang dibawah
tanggunganmu.”
“Sebaik-baik
sedekah adalah daripada orang yang berada (tidak memerlukan bantuan). Sesiapa
yang dapat menahan diri daripada meminta-minta (walaupun dia miskin) maka Allah
akan mencukupkan keperluannya dan sesiapa yang merasa cukup untuk diri dan
keluarganya maka Allah akan memberi kekayaan kepadanya”. (Abu Hurairah)
Utamakan Keperluan
Insan di Bawah Tanggungan
Mengikut
hadis itu, keperluan dan perbelanjaan keluarga dan insan yang di bawah
tanggungjawab mereka perlu diutamakan. Malah, sebaik-baik sedekah adalah
daripada orang yang mencukupkan perbelanjaan untuk keluarganya.
Islam
menggalakkan umatnya supaya bersifat pemurah, bersabar atas kemiskinan dan
merasa cukup dengan apa yang ada tanpa meminta kepada orang lain. Islam juga
benci kepada orang yang suka meminta-minta. Allah SWT akan memberi kekayaan
kepada seseorang yang merasa cukup dengan apa yang ada padanya walaupun dia
miskin.
Dalam
hadis lain, Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya: “Kemiskinan membawa kepada
kekufuran dan hasad mengatasi qada dan qadar.” Hasad dengki adalah antara sifat
mazmumah (tercela) yang boleh menjauhkan hati daripada mengingati Allah SWT.
Tidak suka melihat orang lain lebih daripada kita dan cuba menjatuhkannya
adalah antara sifat dilarang Allah SWT.
Takdir
yang ditentukan Allah SWT terhadap hambanya tidak sama, sesetengahnya diluar
kehendak hamba itu sendiri. Ada yang dapat memiliki rumah besar, berpangkat
tinggi serta dapat menikmati makanan enak dan ada juga yang hanya duduk di
pondok buruk dan makan sekadar untuk mengalas perut.
Allah
SWT tidak pernah menzalimi hambanya. Jika seseorang itu dapat menghadapi setiap
ujian dengan reda dan takut pada kemurkaannya, pastinya mereka tahu hikmah
menguntungkan yang dikurniakan kepada
mereka daripada penciptanya.
Sumber :
Berita
Harian
14
Ogos 2013
No comments:
Post a Comment