Oleh
: Imam Muda Muhammad Asyraf Bin Mohd Ridzuan
Sesungguhnya anak-anak merupakan hadiah Allah s.w.t kepada hamba-hambanya. Maka setiap manusia
perlu bersyukur kepada Allah atas nikmat pemberian zuriat yang membolehkan manusia
hidup dengan bahagia dalam berkasih sayang sesama mereka.
Namun kita sebagai manusia perlulah sedar bahawa anak-anak
juga merupakan amanah yang cukup besar daripada allah untuk mendidik dan
dicorakakan kehidupan mereka. Didikan yang terbaik adalah dengan mengikut
landasan yang telah islam tetapkan melalui utusan-Nya iaitu Nabi Muhammad S.A.W. Nabi bersabda:
Setiap anak itu dilahirkan dalam keadaan fitrah. Maka ibu bapalah yang
mencorakkannya sama ada untuk menjadi yahudi,nasrani mahupun Majusi. (Riwayat
al-Bukhari).
Sesungguhnya islam amat mengambil berat ke atas pendidikan
anak-anak bermula dari seawal usia kandungan lagi. Setelah anak-anak ini
lahir,allah menyeru ibu bapa untuk menyediakan didikan yang sempurna meliputi
pendidikan akal, jasmani dan rohani. Namun didikan yang terpenting dan terawal
untuk anak-anak adalah supaya mereka mengenal Allah. Allah berfirman:
ketahuilah bahawa tiada sembahan melainkan allah.” (surah Muhammad:19) oleh
sebab itulah apabila seseorang bayi itu lahir ke dunia maka disunatkan ke atas
bapanya untuk melaungkan azan ketelinga anaknya.
4
TAHAP
Untuk memastikan anak-anak kita kenal dan seterusnya
mencintai Allah, terdapat beberapa perkara yang perlu kita berikan perhatian
sebelum dan selepas kelahiran mereka antaranya:
1.
Memilih
isteri yang solehah atau suami yang soleh
Dalam memastikan pendidikan anak-anak berjalan dengan
sempurna, maka langkah pertama adalah dengan mencari pasangan yang baik agama
dan budi pekertinya. sabda Nabi: jika telah datang kepada kamu seorang individu
yang kamu reda agama serta akhlaknya maka kahwinilah ia. Jika tidak kamu akan
menyebabkan kerosakan di atas muka bumi.(Riwayat al-Tarmizi). Kenapakah Nabi
mengaitkan kerosakan bagi mereka yang tidak mengutamakan agama dan akhlak
ketika mencari calon pasangan? Hal ini kerana dengan kita memilih pasangan yang
soleh itu memudahkan kita untuk lebih taat kepada Allah dan seterusnya
memelihara keluarga kita daripada melakukan kemaksiatan kepada-Nya. Bagi mereka
yang telah berumah tangga maka berusahalah untuk mengenal dan menambahkan
kecintaan kita kepada Allah dan seterusnya mendidik anak-anak kita supaya
menjadi hamba-hamba yang beriman kepada-Nya.
2.
Memohan
agar Allah mengurniakan zuriat yang soleh dan solehah
Lihatlah bagaimana Nabi Zakaria yang memohon kepada Allah
agar dikurniakan anak yang soleh setelah sekian lama beliau hidup kesepian
tanpa zuriat bersama isterinya yang tercinta. Firman Allah: ketika Zakaria
berdoa kepada tuhan-Nya: wahai tuhanku, kurniakanlah aku zuriat yang
baik(soleh), sesungguhnya engkau maha mendengar segala permintaan,”(surah Ali Imran:38). Lantaran itu Allah
memakbulkan doa bagunda doa baginda dengan mengurniakan zuriat yang teramat
baik agamanya dan akhlaknya iaiti Nabi Yahya. Perkara yang perlu diambil
perhatian oleh pasangan suami isteri dalam memohon zuriat yang baik adalah
dengan memelihara adab-adab ketika bersama. Antaranya Nabi menyeru kita ketika
hendak melakukan hubungan suami isteri agar membaca bismillah dan meminta Allah
melindungi kita daripada tipu daya syaitan yang menggangu kehidupan kita dan
juga zuriat yang akan dilahirkan.
3.
Mengikut
sunnah Nabi Dalam menyambut kelahiran bayi
Setelah kita dikurniakan zuriat oleh allah,maka perlulah
kita mengikut sunnah Nabi dalam menyambut kelahiran bayi. Antar sunnah tersebut
adalah melafazkan azan ditelinga bayi, mencukurnya, tahnik, memilih nama yang baik
dan melakukan akikah pada hari ketujuh, 14 atau 21. Namun adat-adat yang
bercanggahan dengan syariat islam ketika menyambut kelahiran bayi perlulah
dielakkan seperti upacara-upacara menolak bala yang mengandungi unsur-unsur
syirik dan juga khurafat.
4.
Mengikut
sunnah Nabi dalam pendidikan anak-anak
Ketahuilah bahawa nabi sayangkan kanak-kanak. Baginda tidak
pernah segan silu untuk bermanja dengan kanak-kanak kecil dan mengucup mereka
padahal itu bertentangan dengan adat pemimpin Arab pada zaman sebelum
kedatangan islam. Namun inilah akhlak mulia pembawa risalah Allah yang wajib
dicontohi. Nabi pernah menasihati seorang lelaki yang tidak pernah mengucup
anaknya sendiri dengan sabdanya: sesiapa yang tidak menyayangi,dia tidak akan
disayangi.”(riwayat al-Bukhari). Berdoalah agar Allah menyintai anak-anak kita
sepertimana kita menyintai mereka. Al-Barra bin Azib meriwayatkan bahawa ketika
Baginda meletakkan cucunya Hassan bin Ali,maka nabi terus berdoa: “ya
Allah, sesungguhnya aku menyayanginya. Maka engkau sayangilah ia dan engkau
sayangilah juga sesiapa yang menyayanginya.”(riwayat al-Bukhari).
Antara sunnah nabi adalah menceriakan kehidupan kanak-kanak
kecil yang berada dalam kesedihan. Anas bin Malik menceritakan bahawa ketika
Nabi bertandang kerumahnya, Baginda bertanyakan tentang seorang kanak-kanak
kecil yang bernama Abu Umair sedang bersedih dengan kematian burung peliharaan
tersebut. Maka Nabi terus berjumpa dengan kanak-kanak tersebut dan menceriakan
kembali hatinya yang berada dalam kesedihan.(riwayat al-Bukhari).
Daripada peristiwa ini juga maka dapatlah kita mengambil
pendekatan murni dalam mendidik anak-anak iaitu meraikan dan menyelami
perasaan mereka ketika mereka dalam
kesedihan walaupun kadangkala peristiwa tersebut boleh dianggap remeh pada mata
orang dewasa.
Kesimpulannya,pendidikan anak-anak perlulah dibajai dengan
syariat Allah dengan mengikuti panduan Al-quran dan sunnah Nabi. Maka
gerakkanlah langkah kita dengan memulakan pendidikan keluarga melalui
pembetukan peribadi mulia daripada ibu-bapa dan seterusnya menyampaikan didikan
tersebut kepada anak-anak kita yang dikasihi.
Wallahu a’lam.
No comments:
Post a Comment