Wednesday, 2 July 2014

PUASA


PENGERTIAN PUASA

Ertinya menahan diri dari makan dan minum dan dari segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar hinggalah terbenam matahari.

HUKUM – HUKUM PUASA

Puasa wajib

Puasa yang dilakukan dalam bulan Ramadhan, qada’ puasa Ramadhan,puasa kifarah & puasa nazar.

Puasa Sunat

1.    Puasa dalam bulan Sya’ban
2.    Puasa 6 hari dalam bulan Syawal
3.    Puasa Arafah pada 9 zulhijjah
4.    Puasa hari Tasu’a dan‘Asyura pada 9 dan 10 Muharram
5.    Puasa pada hari Isnin dan Khamis
6.    Puasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan pada 13,14 dan 15
7.    Puasa satu hari berbuka satu hari
8.  Puasa lapan hari daripada bulan Zulhijjah sebelum hari Arafah bagi orang yang sedang mengerjakan haji atau tidak.
9.  Puasa dalam bulan–bulan haram iaitu bulan Zulkaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rejab

Puasa Makruh

1.   Menentukan hari untuk berpuasa seperti jumaat sahaja,Sabtu & Ahad sahaja
2.   Berpuasa sepanjang tahun

Puasa Haram

1.    Puasa sunat seorang perempuan tanpa izin suaminya
2.    Puasa pada hari syak iaitu pada hari 30 Sya’ban
3.    Puasa pada hari raya aidil fitri,hari raya aidil adha dan hari-hari Tasyrik
4.    Puasa perempuan haid & Nifas
5.    Puasa bagi orang yang bimbang berlakunya mudharat ke atas dirinya kerana berpuasa

SYARAT-SYARAT PUASA

Terbahagi kepada 2 :

1.    Syarat-syarat wajib
2.    Syarat-syarat sah

Syarat wajib

·         Islam
·         baligh
·         berakal
·         berupaya(sihat)
·         bermukim

Syarat Sah

·         Islam
·         Berakal
·         Bersih daripada haid & Nifas sepanjang hari
·         Niat

RUKUN PUASA

Niat
Menahan diri dari makan & minum serta perkara-perkara yang membatalkannya

Masa Puasa
Puasa bermula dari terbit fajar hingga terbenam matahari

FAEDAH PUASA

1.    Melahirkan perasaan belas kasihan terhadap golongan miskin
2.  Mendidik nafsu & jiwa kearah kebaikan
3.    Dapat merasai apa yang ditanggung oleh golongan miskin
4.    Puasa merupakan perbuatan taat kepada Allah
5.    Mendidik budi pekerti untuk memiliki sifat-sifat terpuji
6.    Puasa mengajar seseorang supaya beramanah terhadap diri sendiri
7.    Puasa mengajar kesabaran dan berperaturan
8.  Puasa menyebarkan perasaan kasih sayang dan persaudaraan dalam jiwa manusia

SUNAT-SUNAT PUASA

1.    Makan Sahur serta melambatkannya
2.  Menyegerakan berbuka puasa & sunat berbuka dengan buah kurma atau benda-benda yang manis
3.    Menjamu orang-orang yang berbuka puasa
4.  Mandi junub,haid dan nifas sebelum fajar
         5. Memperbanyakkan ibadah dan berbuat kebaikan                                         
         6.   Membaca Al-Quran
         7.    Beriktikaf terutama 10 hari terakhir bulan Ramadhan

PERKARA MAKRUH KETIKA BERPUASA

1.    Berbekam
2.    Mengeluarkan darah
3.    Berkucup
4.    Merasa makanan
5.    Bersugi selepas gelincir matahari
6.    Mencium wangian

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1.    Memasukkan sesuatu ke dalam rongga dengan sengaja kecuali terlupa
2.    Makan dan minum sepanjang hari
3.    Muntah dengan sengaja
4.    Bersetubuh atau keluar mani dengan sengaja
5.    Keluar darah haid dan nifas
6.  Gila
7.    Pitam atau mabuk sepanjang hari
8.    Murtad

KEUZURAN YANG MENGHARUSKAN BERBUKA PUASA

1.    Musafir
2.    Sakit
3.    Mengandung dan Ibu yang menyusukan anak
4.    Tua

KEISTIMEWAAN BULAN RAMADHAN

1.  Bulan yang mulia,berkat dan setiap doa akan dimakbulkan
        2.   Al-Quran diturunkan dalam bulan ini
        3.   Iblis dipenjarakan
4.  Terdapat malam yang mulia iaitu malam Lailatul qadar.
5.     Solat tarawikh dan zakat fitrah dilaksanakan. 

SUMBER : IslamGRID

HUKUM MENGENAI URUSAN JUAL BELI (TRADING) EMAS ATAU PERAK SECARA ONLINE (BROKER)



SOALAN:

Saya ingin mendapatkan kepastian mengenai hukum mengenai urusan jual beli (trading) emas atau perak secara online (broker). Saya difahamkan urusan jual beli matawang (forex) secara online adalah haram. Bagaimana dengan jual beli emas atau perak?

PENJELASAN:

Sebagaimana dimaklumi bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik sepertimana yang diamalkan pada hari ini melalui broker-broker forex adalah tidak menepati hukum-hakam al-
arf.

Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-98 yang bersidang pada 13-15 Februari 2012 telah membincangkan Hukum Perdagangan Pertukaran Matawang Asing oleh Individu Secara Lani (Individual Spot Forex) Melalui Platfom Elektronik, dan memutuskan antara lain:

“….bahawa perdagangan pertukaran mata wang asing (forex) oleh individu secara lani (individual spot forex) melalui platfom elektronik yang ada pada masa ini adalah haram kerana ia bercanggah dengan kehendak syarak dan juga tidak sah dari sisi undang-undang negara”.

Hukum ini juga adalah terpakai kepada perdagangan komodoti yang bersifat ribawi iaitu emas dan perak melalui platfom forex. Ini kerana isu-isu syariah yang timbul berkenaan dengan perdagangan emas dan perak melalui platform elektronik adalah sama dengan isu-isu syariah dalam perdagangan forex secara online.

Secara ringkas, isu-isu syariah yang terdapat dalam operasi pelaburan emas maya adalah:

Pertama: Isu leverage Sebagaimana dalam forex secara online, operasi perdagangan emas dan perak melalui platform forex juga dijalankan dengan adanya kemudahan leverage. Leverage telah ditakyīfkan sebagai pinjaman kewangan (qard), dan dimaklumi bahawa setiap pinjaman yang membawa kepada manfaat kepada pemberi pinjam adalah riba yang diharamkan. Unsur leverage juga menimbulkan isu pensyaratan akad jual beli di dalam akad qard.

Kedua: Isu Qabd Dalam operasi perdagangan emas dan perak menggunakan platform elektronik, isu qabd berlaku apabila emas yang dibeli oleh pelabur ketika membuka posisi tidak akan dikreditkan ke dalam akaunnya, sehingga dia menutup balik posisi dengan menjualnya kepada broker. Ini bermakna, tidak berlaku qabd samada hakiki atau hukmi ketika transaksi pembelian emas dijalankan.

Ketiga: Penjualan sesuatu yang tiada dalam pegangan Dalam konteks perdagangan emas dan perak melalui platform forex, penjualan emas sebelum qabd berlaku dalam dua keadaan:

Pertama: Ketika pelabur membuat penutupan posisi (close position), dia akan menjual balik emas yang dibelinya dari broker, sedangkan dia belum lagi melakukan qabd terhadap emas tersebut.

Kedua: Ketika pelabur memulakan transaksi dengan membuka posisi short (menjual emas), dia telah membuat transaksi penjualan emas yang tidak dimilikinya dan tidak ada dalam pegangannya.

Justeru, perniagaan emas dan perak menggunakan platform elektronik adalah tidak menepati hukum syarak. Ia juga menyalahi beberapa Parameter Pelaburan Emas yang telah diperakukan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia, iaitu Parameter No. 5, 11, 13, 20 dan 23. (rujuk Parameter Pelaburan Emas: http://www.e-fatwa.gov.my/fatwa kebangsaan/parameter-pelaburan-emas)


Sumber: Fatwa Malaysia