- Masa muda sebelum tua
- Masa sihat sebelum sakit
- Masa lapang sebelum sibuk
- Masa kaya sebelum jatuh miskin
- Masa hidup sebelum mati
(Riwayat al-Hakim dan al-Baihaqi)
Buatlah peluang untuk berbuat sebanyak mana kebajikan ketika muda kerana tenaga kita masih kuat, pemerhatian kita masih tajam dan pergerakan kita masih tangkas. Rebutlah peluang ketika anda sihat kerana apabila anda sakit, anda tidak lagi akan mampu buat apa-apa lagi keputusan walaupun terhadap diri anda sendiri. Nasib dan urusan anda akan diuruskan oleh orang lain.
Ambillah sebanyak mungkin peluang ketika anda ada masa lapang. Orang yang sibuk tak ubah seperti saat malaikat Israfil meniup sangkakala. Semua orang sibuk untuk menyelamatkan diri. Jika anda mahu mengambil kesempatan untuk bersedekah lakukanlah sekarang sebelum anda jatuh miskan dan anda pula yang bakal menerima sedekah atau anda mungkin tidak jatuh miskin dari sudut harta tetapi anda akan jadi seperti orang miskin apabila anda tidak ada kuasa lagi untuk menggunakan harta, wang dan simpanan anda. Hatta ada ketikanya untuk mengunyah makanan yang berada dimulut anda dan menyedut udara yang diberikan oleh ALLAH secara percuma pun anda tidak mampu. Saat itulah kita akan menjadi miskin segala-galanya. Kita tidak akan ada peluang lagi.
Dan akhirnya kematian ialah penghujung kepada segala peluang yang kita ada. Kematian datang sekali sahaja dan tidak ada lagi kematian selepas itu apabila kita dihidupkan semula di alam akhirat nanti.
No comments:
Post a Comment