Dalam
bahasa arab, “ZAKAT” secara umumnya
bererti pertambahan. Berasaskan pengertian umum ini, ia kemudiannya digunakan
bagi banyak pengertian seperti cerdik, jenih, berkat, kepujian, bersih dan
lain-lain.
Sebagai
salah satu istilah dalam pengajian hukum atau “fiqh” zakat bererti mengeluarkan
kadar tertentu dari harta yang tertentu bagi faedah golongan yang berhak
menerimanya sebagaimana yang ditentukan oleh Allah. Selain itu, perkataan zakat
ada disebut dalam Al-Quran dan Al-Sunnah. Walau bagaimanapun, ia bukanlah satu
istilah tunggal bagi sesuatu pengertian kerana al-Quran dan al-Sunnah juga
menggunakan perkataan “sedekah” bagi pengertian yang sama. Dalam al-Quran
misalnya Allah telah berfirman dalam surah At-taubah ayat 103 yang bermaksud:
Ambilah
(sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya Engkau
membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak Yang buruk);
dan doakanlah untuk mereka, kerana Sesungguhnya doamu itu menjadi ketenteraman
bagi mereka. dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha mengetahui.
Dalam
konteks penggunaan biasa, zakat dari segi bahasa didefinisikan sebagai
“bersih”, “suci”, dan “berkembang”. Pengertian “bersih” dan “suci” dalam
istilah zakat ialah membersihkan harta dan membersihkan diri orang kaya
daripada sifat kedekut dan bakhil. Dalam erti yang lain ialah membersihkan diri
dari sifat dengki dan dendam terhadap orang kaya. Firman Allah dalam surah
Al-baqarah ayat 83 :
Dan
(ingatlah Wahai Muhammad), ketikaKami mengikat perjanjian setia
Dengan Bani Israil (dengan berfirman): “Janganlah kamu menyembah melainkan
Allah, dan berbuat baiklah kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan
anak-anak yatim, serta orang-orang miskin; dan Katakanlah kepada sesama manusia
perkataan-perkataan Yang baik; dan dirikanlah sembahyang serta berilah zakat”.
kemudian kamu berpaling membelakangkan (perjanjian setia kamu itu) kecuali
sebahagian kecil dari kamu; dan sememangnya kamu orang-orang Yang tidak menghiraukan
perjanjian setianya.
WAKAF
Wakaf ialah apa-apa harta yang ditahan hak pewakaf
ke atas harta tersebut daripada sebarang urusan jualbeli, pewarisan, hibah dan
wasiat disamping mengekalkan sumber fizikalnya (ain). Wakaf merupakan suatu
pemilikan yang tidak sempurna kerana pemilikan ain (benda yang diwakafkan)
adalah kerana Allah S.W.T atau dihukumkan sebagai milik Allah S.W.T Adapun
manfaat atau hasil wakaf itu kepunyaan Maukuf Alaih iaitu pihak atau jihah atau
orang yang ditentukan menerima manfaat wakaf.
Wakaf adalah suatu pemberian atau sumbangan ikhlas sebahagian daripada harta
yang dimiliki untuk kepentingan dan kesejahteraan umum yang dibenarkan oleh
syarak.
Harta wakaf boleh menyumbang dalam pembangunan sosio-ekonomi ummah contohnya
mendirikan projek komersil seperti hotel wakaf, pusat-pusat perniagaan, projek
sosial seperti rumah anak yatim, pusat perlindungan dan lain-lain selagi tidak
bercanggah dengan hukum syarak.
Dalam
konteks Malaysia, institusi wakaf perlu diberi tempat yang penting dalam era
masa kini. Melalui pembangunan institusi wakaf, ia mampu mewujudkan kerjasama
yang erat dikalangan golongan individu yang berkemampuan untuk berperanan
secara terus dalam membangun keperluan masyarakat islam.
Islam
sangat menggalakkan umatnya mengeluarkan harta lebihan yang dimiliki untuk
dikongsi bersama orang yang memerlukan dan berbakti dengan harta tersebut.
Firman Allah dalam surah al-Imran ayat 92 bermaksud:
Kamu tidak sekali-kali akan dapat mencapai
(hakikat) kebajikan dan kebaktian (yang sempurna) sebelum kamu dermakan
sebahagian dari apa Yang kamu sayangi. dan sesuatu apa jua Yang kamu dermakan
maka Sesungguhnya Allah mengetahuinya
Firman
Allah lagi dalam Surah Al-Baqarah ayat 267:
Wahai orang-orang Yang beriman! belanjakanlah (pada
jalan Allah) sebahagian dari hasil usaha kamu Yang baik-baik, dan sebahagian
dari apa Yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. dan janganlah kamu sengaja
memilih Yang buruk daripadanya (lalu kamu dermakan atau kamu jadikan pemberian
zakat), padahal kamu sendiri tidak sekali-kali akan mengambil Yang buruk itu
(kalau diberikan kepada kamu), kecuali Dengan memejamkan mata padanya. dan
ketahuilah, Sesungguhnya Allah Maha Kaya, lagi sentiasa Terpuji.
Berdasarkan
dalil diatas, kita dapat memahami bahawa menafkahkan harta ke jalan kebajikan
sangat dituntut dan wakaf adalah salah satu daripada jalan kebajikan tersebut.
Selain itu, tujuan wakaf dalam islam adalah untuk menghampirkan diri seseorang
kepada Allah S.W.T iaitu mendapatkan keredhaan daripada Allah dengan
menyerahkan benda yang berharga dan disayangi untuk kegunaan pihak lain. Allah
akan memberikan ganjaran pahala yang berganda-ganda kepada pewakaf selagi harta
wakaf masih memberi manfaatnya kepada mereka yang berhak ke atas wakaf itu.
BAITULMAL
Baitulmal merupakan satu istilah bahasa Arab yang bermaksud RUMAH HARTA. Dalam istilah moden, ia
dikenali sebagai Perbendaharaan Negara. Baitulmal merupakan sebuah institusi
kewangan yang berfungsi untuk menyelenggarakan segala harta umum atau tempat penyimpanan
barang-barang berharga seperti wang emas atau perak. Ringkasnya, ia juga
berperanan sebagai pusat pelaburan harta umat Islam. Sekaligus, ia juga
berfungsi untuk menubuhkan Bank Islam yang aktif dan secara langsung
memperniagakan harta umat islam secara terkumpul.
Sejarah Penubuhan BaitulmalInstitusi kewangan Islam dalam bentuk Baitulmal
secara tidak rasminya telah wujud sejak dari zaman Rasulullah (s.a.w.) dan
Saidina Abu Bakar As-Sidiq lagi. Tetapi Baitulmal dalam erti kata yang sebenar
belum lagi wujud kerana pendapatan Negara yang masih belum berkembang dengan
pesat pada ketika itu. Pendapatan negara pada masa itu diperolehi melalui dua
sumber, iaitu zakat dan harta yang diperolehi daripada peperangan seperti
ghanimah, jizyah dan fai. Pendapatan negara pada ketika ini tidak disimpan
lama, ia akan terus diagih-agihakan kepada golongan yang memerlukan seperti
golongan fakir, anak-anak yatim dan lain-lain golongan yang memerlukan.faktor
inilah yang menyebabkan fungsi Biatulmal mudah dan tidak begitu ketara
penggunaannya pada ketika itu.
Institusi Baitulmal ini secara rasminya telah wujud
pada zaman pemerintahan Saidina Umar bin Al-Khattab. Pada zaman ini, kerajaan
Islam banyak melakukan penaklukan dan menyebabkan wilayah islam berkembang
dengan pesat. Hasil daripada peluasan ini, harta benda yang terkumpul manjadi
amat banyak dan tidak dapat diagihkan secara serta-merta. Khalifah Umar
menerima cadangan yang dikemukakan oleh Khalid bin Al-Walid untuk menubuhkan
satu Perbendaharaan Negara yang berasaskan kepada Al-Quran dan Al-Hadis serta
ijtihad para Sahabat. Pada peringkat awalnya, perbendaharaan tersebut dikenali
sebagai Diwan. Pada zaman Bani Umayyah (41-132H), Institusi Baitulmal telah
berkembang dengan begitu pesat. Islam telah berjaya meluaskan jajahan takluknya
sehingga ke Afrika, Rom dan Constantinople. Sumber pendapatan Negara yang
paling penting pada ketika itu ialah Kharaj, di samping Zakat, Ghanimah, Fai
dan Jizyah.
Pada zaman Bani Abbasiyyah (132-655H), pusat
pemerintahan Islam telah berpindah ke Baghdad iaitu sebuah kawasan yang paling
strategik dan juga merupakan yang terpenting bagi urusan perdagangan antara
Timur dan Barat. Kesan daripada perpindahan ini, pendapatan institusi Baitulmal
telah berkembang berlipat kali ganda. Perebutan kuasa politik antara Al-Ma’mun
dengan Al-Amin adalah titik permulaan kepada kemerosotan institusi Baitulmal.
Institusi Baitulmal di bawah pemerintahan Al-Ma’mun tidak dapat berfungsi
dengan baik dan teratur. Apabila berlaku penaklukan kuasa Barat ke atas Negara
Islam selepas era Perang Salib (1096-1250M), Institusi Baitulmal tidak lagi
berfungsi dalam erti kata yang sebenarnya dalam menjana ekonomi dan
membangunkan prasarana umat islam. Peranannya semakin sempit dan terhad kepada
pengumpulan dan pengagihan wang zakat fitrah, zakat harta dan wakaf.
"Dan Kami jadikan
malam dan siang itu dua tanda (yang membuktikan kekuasaan Kami), Kami hapuskan
tanda malam itu (sehingga menjadi gelap gelita), dan Kami jadikan tanda siang
itu terang benderang, supaya kamu mudah mencari rezeki dari limpah kurnia Tuhan
kamu, dan supaya kamu mengetahui bilangan tahun dan hitungan hisab (bulan dan
hari); Dan (ingatlah tanda seruan) tiap-tiap sesuatu (yang kamu perlukan untuk
dunia dan agama kamu), Kami telah terangkan dia satu persatu (di dalam
al-Quran) dengan sejelas-jelasnya"
* Kertas ini telah dibentang dalam
Muzakarah Falak anjuran JAKIM pada 30 Jun - 2 Julai 2003 diCorus Paradise Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan.
Takwim atau kalendar boleh
ditakrifkan sebagai satu rekod perjalanan waktu atau sistem susunan masa yang
membahagikan tahun menjadi bulan, bulan menjadi minggu dan minggu menjadi hari.
Peranan takwim dalam kehidupan manusia sangat penting. Ia merupakan sistem masa
yang berkait rapat dengan aktiviti sosial dan keagamaan bagi membantu manusia
mentadbir kehidupan seharian. Ia diasaskan kepada kedudukan bulan (Takwim
Hijriah) atau matahari (Kalendar Masehi atau lebih tepat Miladiah).
Tarikh Takwim/Kalendar Diperkenalkan
Takwim
Hijriah mula
diperkenalkan semasa pemerintahan Khalifah Islam kedua, Sayidina Umar Ibn
al-Khattab dalam tahun 638 Miladiah. Takwim hijriah dipilih bersempena dengan
penghijrahan Nabi Muhammad s.a.w. dari Makkah ke Madinah. Awal Muharram tahun
pertama hijriah bersamaan dengan 16 Julai 622 Miladiah.
Manakala Kalendar Miladiah pula
adalah berasaskan kedudukan matahari. Tahun Miladiah
atau Masehi atau Gregorian adalah berasal daripada Kalendar Julian (Julius Ceasar)
yang diperkenalkan sejak tahun 45 BC. Kalendar Gregorian hanya mula digunakan
secara rasmi pada tahun 1582 setelah melalui beberapa pengubahsuaian oleh Pope
Gregory XIII.
JENIS TAKWIM
Pada asasnya Takwim Hijriah
berdasarkan kepada peredaran bulan, tetapi secara praktikalnya ia terbahagi
kepada beberapa jenis takwim seperti berikut:
· Takwim Istilahi
Bilangan hari bagi bulan-bulan yang
terdapat di dalam takwim ini disusun berselang-seli 30 dan 29 hari menjadikan
354 hari setahun.
· Takwim Hakiki
Takwim yang berdasarkan kepada
sistem ijtimak bumi-bulan-matahari, di mana penentuan awal bulan hijriah dikira
berpandukan ketika berlakunya ijtimak hakiki. Apabila ijtimak berlaku sebelum
matahari terbenam, maka sejak terbenamnya matahari itulah dikira awal bulan
hijriah yang baru. Sebaliknya jika ijtimak berlaku selepas terbenam matahari,
maka keesokan harinya digenapkan 30 haribulan.
· Takwim Wujudul Hilal
Takwim yang berdasarkan sistem
ijtimak juga, tetapi penentuan awal bulan dikira mengikut wujudnya hilal di
atas ufuk ketika matahari terbenam. Bermula dari waktu terbenam matahari itulah
bulan baru dikira.
· Takwim
Imkanur-Rukyah
Takwim Imkanur-Rukyah adalah di mana
penentuan bagi setiap awal bulan hijriah yang berdasarkan rukyah dan hisab
mengikut kriteria ketetapan yang telah ditentukan.
CIRI-CIRI TAKWIM DAN KALENDAR
Takwim Hijriah
· Bulan
Firman Allah S.W.T.
Maksudnya; 'Sesungguhnya
bilangan bulan-bulan pada sisi (hukum) Allah ialah dua belas bulan, (yang telah
ditetapkan) dalam kitab Allah semasa Dia menciptakan langit dan bumi, di
antaranya empat bulan yang dihormati. (Ketetapan) yang demikian itu ialah agama
yang betul lurus, maka janganlah kamu menganiayai diri kamu dalam bulan-bulan
yang dihormati itu (dengan melanggar larangan-Nya); dan perangilah kaum kafir
musyrik seluruhnya sebagaimana mereka memerangi kamu seluruhnya; dan ketahuilah
sesungguhnya Allah beserta orang yang bertaqwa'
Surah al-Taubah; 36
Bulan qamariah dalam setahun adalah 12 bulan iaitu bulan Muharram, Safar,
Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadhan,
Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Bilangan hari bagi setiap bulan qamariah
mengandungi 29 atau 30 hari bergantung kepada bila berlakunya ijtimak dan
kewujudan/kenampakan hilal pada penghujung bulan qamariah hari ke-29 setiap
bulan hijriah mengikut syarat-syarat tertentu.
· Hari
Hari di dalam perkiraan Takwim Hijriah bermula dari waktu matahari terbenam.
Ini berbeza dengan Kalendar Miladiah yang perkiraan harinya bermula pada jam
12.00 tengah malam. Dalam setahun, Takwim Hijriah mempunyai 354.36 hari, beza
10 atau 11 hari dari jumlah hari dalam Kalendar Miladiah. Setiap tahun,
hari-hari kebesaran Islam dirayakan dalam musim yang berlainan. Ia akan kembali
ke musim asal setiap 33 tahun (1 pusingan lengkap). Tahun baru hijriah iaitu 1
Muharram disambut pada musim berlainan iaitu ia berganjak sebanyak 10 atau 11
hari lebih awal setiap tahun.
Kalendar Miladiah
· Bulan
Bulan-bulan yang terkandung dalam Kalendar Miladiah terdiri daripada bulan
Januari, Februari, Mac, April, Mei, Jun, Julai, Ogos, September, Oktober,
November dan Disember. Jumlah bilangan hari bagi setiap bulan adalah 31 dan 30
hari berselang-seli bermula dengan bulan Januari, kecuali bulan Februari
mempunyai bilangan 28 atau 29 hari sahaja.
· Hari
Pengiraan hari bagi Kalendar Miladiah bermula tengah malam. Dalam tempoh
setahun ia mempunyai 365 atau 366 hari mengikut bilangan hari yang ada setiap
bulan tetapi jumlah yang tepat atau sebenarnya adalah 365.2422 hari. Bagi tahun
yang mempunyai jumlah hari 366 (29 hari pada bulan Februari), ia dikenali
sebagai tahun lompat. Ini berlaku setiap empat tahun sekali. Tarikh bagi
hari-hari penting setiap tahun adalah tetap dan disambut dalam musim yang sama,
contohnya seperti Tahun Baru Miladiah yang disambut pada 1 Januari setiap
tahun.
Tahukah adik-adik tentang kebesaran
Allah dalam mencipta seekor semut yang merupakan binatang paling kecil di
dunia? Tentu adik-adik tertanya-tanya siapa itu semut sebenarnya. Untuk
pengetahuan adik-adik, semut merupakan haiwan serangga yang hidup secara
bermasyarakat. Cuba adik-adik perhatikan. Apabila semut berjalan, semut akan
berjalan secara berkelompok. Semut tidak seperti manusia kerana semut tidak
membezakan antara yang kaya dan miskin. Sebagai contoh mari kita lihat
kehidupan semut Formica Yesensis, yang hidup di pantai Ishikari, Afrika.
Masyarakat semut ini tinggal di 45,000 sarang yang saling berhubung di wilayah
seluas 2.7 kilometer persegi. Masyarakat yang memiliki sekitar 1 080 000 ratu
dan 306 000 000 pekerja ini dinamakan sebagai “masyarakat super’’ oleh para
pengkaji. Para pengkaji mendapati bahawa semua alat produksi dan makanan
ditukar dalam masyarakat semut secara teratur tanpa sebarang masalah dalam
tempat yang sedemikian luas.
Ratu semut ditugaskan untuk
meningkatkan jumlah semut dengan menghasilkan sejumlah telur. Dalam sesebuah
masyarakat semut akan terdapat lebih dari satu ratu. Tubuh ratu lebih besar
dari tubuh semut yang lain. Manakala tugas semut jantan hanya mengawan dengan
sang ratu. Hampir semua semut jantan mati setelah mengawan.
Sang semut juga memiliki disiplin
yang sangat mirip dengan ketenteraan. Namun, dalam ketenteraan semut, tidak
mempunyai sang perwira tetapi mereka menjalankan tanggungjawab dengan sempurna.
Cuba adik-adik fikirkan bagaimana seekor haiwan biasa mampu mempunyai disiplin
sedangkan golongan serangga ini tidak dikurniakan akal fikiran seperti kita
manusia. Mereka sangat berdisiplin dengan amanah yang diberikan kepada mereka.
Setiap kelompok semut mempunyai tugas masing-masing.
Misalnya semut penjaga pintu. Untuk
pengetahuan adik-adik, sarang semut dihubung-kan dengan dunia luar melalui
lubang kecil yang hanya berukuran seperti saiz seekor semut. Untuk melalui
lubang ini setiap semut perlu meminta izin daripada semut yang bertugas sebagai
penjaga pintu. Penjaga pintu bertugas menutup pintu dengan kepalanya yang
sesuai dengan lubang masuk. Lebih menarik, warna kepalanya sama dengan warna
kulit pohon dimana sarang itu berada. Semut yang dipertanggungjawabkan menjaga
pintu akan duduk berjam-jam di lubang masuk dan hanya membenarkan semut-semut
dalam masyarakatnya sahaja untuk melalui pintu itu.
Istimewanya sang semut adalah kerana
persahabatan yang murni antara mereka. Golongan serangga ini sanggup berkorban
apa sahaja. Misalnya jika berlaku kekurangan makanan dalam masyarakat semut,
semut pekerja akan berubah menjadi semut pemberi makanan kepada semut-semut yang
lain dengan partikel makanan yang ada dalam perut mereka. Apabila masyarakat
berlebihan makanan, mereka akan ber-tukar menjadi semut pekerja. Ini adalah
satu pengorbanan yang cukup tinggi, jauh mengatasi pergorbanan yang boleh
dilakukan oleh manusia.
Semut sanggup memberi segala milik
mereka kepada semut lain tanpa rasa ragu agar semut lain tetap hidup, sedangkan
di dunia hari ini ramai manusia yang mati kelaparan tanpa mendapat bantuan
makanan secukupnya.
Firman Allah SWT, “Hingga apabila
mereka sampai di lembah semut, berkatalah seekor semut: Hai semut-semut
masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan
tenteranya, sedangkan mereka tidak menyedari.” (an-Naml : 18 )
Semut juga merupakan makhluk yang
sungguh luar biasa. Kajian membuktikan bahawa golongan serangga kecil ini
memiliki jaringan komunikasi yang luar biasa. Semut mempunyai kaedah komunikasi
yang cukup canggih kerana pancaindera mereka sangat peka. Ia digunakan pada
setiap ketika. Terdapat 500,000 sel saraf yang termuat dalam dua atau tiga
milimeter tubuh mereka. Oleh itu, adik-adik perlu tahu bahawa sekecil-kecil
serangga ini, ia tahu meletakkan dirinya di tempat yang sewajarnya.
Adik-adik perlu menjadi seperti
semut, walaupun kecil tetapi kualiti kehidupannya sangat bermakna. Semoga
adik-adik menjadi seorang kanak-kanak yang kecil fizikal tapi besar mentalnya.
SUMBER : Majalah
Pendidik keluaran November/ Disember 209
Masalah gejala sosial yang tidak
pernah menunjukkan tanda-tanda pengurangan kini berubah kepada keadaan yang
amat membimbangkan khususnya kes pembuangan bayi. Trend pembuangan bayi
di Malaysia seperti menjadi sumpahan apabila tabiat kejam dan tidak
berperikemanusiaan ini semakin popular di kalangan remaja.
Malah bagi tempoh empat bulan
pertama tahun 2010, sejumlah 24 kes pembuangan bayi dilaporkan. Ini menyamai trend
membunuh tiga nyawa tidak berdosa bagi setiap dua minggu atau dengan kata
lain, wujud 3 pembunuh atau pembuang senyap dalam setiap minggu.
Persoalannya, apakah punca utama
masalah ini dan adakah tidak ada jalan penyelesaian bagi mengatasinya? Adakah peruntukan
undang-undang berkaitan masih tidak mencukupi dan penguatkuasaannya masih
longgar sehingga menyebabkan ‘pembuang senyap’ ini amat berani beraksi tanpa
mengambil kira keadaan sekeliling? Atau adakah institusi kekeluargaan kini
telah sampai kepada tahap kritikal sehingga keadaan anak perempuan mereka yang
hamil ini langsung tidak disedari oleh ibu bapa dan penjaga?
Selain usaha menerapkan nilai-nilai
agama dalam masyarakat khususnya di dalam institusi keluarga, tindakan
penguatkuasaan terhadap jenayah buang bayi juga amat perlu ditingkatkan
memandangkan gejala ini dilihat semakin menjadi-jadi. Bagi tindakan
penguatkuasaan syariah pula, ia lebih kepada pencegahan kerana peruntukan
kesalahan buang bayi atau menyembunyikan kelahiran tidak diperuntukkan di bawah
Undang-Undang Kesalahan Jenayah Syariah. Namun tindakan pencegahan inilah
menjadi suatu perkara yang amat penting kerana ia melibatkan penguatkuasaan
terhadap kesalahan khalwat, perbuatan tidak sopan di tempat awam, hamil luar
nikah, persetubuhan luar nikah dan lain-lain kesalahan berkaitan.
Namun masyarakat sering kali
mempersoal tindakan penguatkuasaan syariah yang dilakukan oleh pegawai
penguatkuasa agama (PPA) ini. Segala macam tohmahan dilempar kepada PPA yang
kononnya hanya ingin “menjaga tepi kain orang”. Apabila kes berjaya
disabitkan dan hukuman dijatuhkan, timbul pula tohmahan bahawa hukuman yang
dijatuhkan adalah bersifat menghina, kolot, menghalang kebebasan individu dan
menjatuhkan maruah wanita khasnya bagi hukuman sebat syariah.
Falsafah hukuman jenayah dalam Islam
dan matlamat hukuman dalam Enakmen Jenayah Syariah ialah untuk pencegahan,
pembalasan terhadap perbuatan salah, ganti rugi dan pemulihan. Aspek pencegahan
adalah untuk mencegah manusia daripada melakukan kejahatan. Pencegahan akan
berhasil apabila timbul rasa takut di kalangan masyarakat terhadap hukuman yang
dikenakan. Pencegahan seperti ini terdapat pada semua hukuman yang ditetapkan
oleh Undang-Undang Islam. Ini kerana keseluruhan hukuman ini mengandungi
unsur-unsur yang membuatkan masyarakat takut untuk menghadapinya.
Manakala aspek pembalasan pula
dinyatakan dengan tegas oleh Allah s.w.t di dalam Surah al-Maidah ayat 38:
"السارق والسارقة
فاقطعوا أيديهما جزاء بما كسبا نكالا من الله"
Maksudnya:
Pencuri lelaki dan pencuri perempuan, maka potonglah tangan kedua-duanya
(sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka telah lakukan.
Hukuman yang berbentuk ganti rugi
pula adalah hukuman yang yang dikenali sebagai hukuman diyat. Secara
jelasnya ia terdapat dalam kes-kes pencerobohan yang dilakukan terhadap
kepentingan orang lain. Ada juga hukuman yang diperuntukkan bertujuan sebagai
pemulihan bagi pesalah-pesalah jenayah syariah. Pelaksanaan hukuman terhadap
pesalah diharap dapat mengembalikan pesalah berkenaan ke jalan kebenaran dan
menjauhkannya dari kemaksiatan. Firman Allah s.w.t dalam Surah az-Zukhruf ayat
48:
"وأخذناهم بالعذاب
لعلهم يرجعون"
Maksudnya:
Dan kami timpakan ke atas mereka azab supaya mereka kembali ke jalan yang
benar.
Dalam Akta/Enakmen/Ordinan Kesalahan
Jenayah Syariah negeri-negeri telah terdapat peruntukan yang bertujuan untuk
membanteras kegiatan jenayah ini pada peringkat awal lagi. Contohnya
peruntukan bagi kesalahan khalwat. Jika diteliti secara mendalam, khalwat
merupakan faktor utama yang membawa kepada perzinaan yang akhirnya membawa
kepada gejala hamil luar nikah dan buang bayi. Maka di sinilah peranan
penguatkuasaan syariah yang harus ‘menjaga tepi kain orang’ bagi membendung
gejala sosial daripada terus berleluasa. Ini Kerana tindakan ‘menjaga tepi kain
orang’ ini tidak menjadi suatu kesalahan dalam usaha membasmi gejala sosial, bahkan
sikap seperti ini adalah sangat dituntut oleh Islam. Ibu bapa atau penjaga juga
perlu memainkan peranan mereka dalam mendidik anak-anak dengan didikan agama
bermula dari peringkat awal lagi kerana fitrah manusia khususnya remaja yang
cepat terpengaruh oleh anasir luar yang merosakkan.
Firman ALLAH yang bermaksud : Pada
hal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah ALLAH dengan mengikhlaskan
ibadat kepadanya, lagi tetap teguh diatas tauhid, dan supaya mereka mendirikan
sembahyang serta memberi zakat. Dan yang demikian itulah agama yang benar. (Al-Bayyinah
5)
Daripada Umar Bin Al-khattab r.a
berkata : Aku telah mendengar Rasullullah s.a.w bersabda : Hanya
segala amal dengan niat dan hanya bagi tiap-tiap seorang apa yang di niatkan.
Maka barang siapa hijrah kepada Allah dan rasulnya, maka hijrahnya kepada Allah
dan Rasulnya. Dan barang siapa hijrahnya bagi dunia yang ia akan memperolehinya
atau perempuan yang ia ingin mengahwininya, maka hijrahnya kepada apa yang ia berhijrah
kepadanya itu. (Bukhari, Muslim)
Pentingnya
niat bagi membezakan sesuatu itu beroleh pahala atau sia-sia.
TAUBAT
Wajib bertaubat pada setiap dosa
kepada Allah, terdapat 3 syarat bertaubat:
1. Menghentikan maksiat
2. Menyesal kerana ketelanjurannya
3. Berazam tidak akan mengulanginya
lagi tambahan satu lagi syarat jika dosa melibatkan hak sesama manusia
4. Memohon maaf dan minta dihalalkan
atau memulangkan kembali hak nya.
Firman Allah pada akhir ayat 31
surah AN-NUR yang bermaksud : dan bertaubatlah kamau sekelian kepada
Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
Rasullullah s.a.w bersabda : Hai
sekelian manusia bertaubatlah kamu kepada Allah, dan beristifarlah
(memohon ampun) kepadanya, sesungguhnya aku beristifar tiap-tiap hari seratus
kali (Muslim)
Firman Allah pada ayat terakhir surah
A-LI 'IMRAAN yang bermaksud: Wahai orang-orang yang
beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan
perkara-perkara yang berkebajikan),dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih
daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan
kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada
Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan) (Ali'imraan 200)
Firman Allah : Demi sesunguhnya,
kami akan menguji kamu dengan sedikit perasaan takut (kepada musuh) dan (dengan
merasai) kelaparan, dan (dengan berlakunya) kekurangan dari harta benda
dan jiwa serta hasil tanaman. Dan berilah khabar gembira kepada orang-orang
sabar:(Al-Baqarah 155)
(Iaitu) orang-orang yang apabila
mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata : "sesungguhnya kami
adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali" (Al-Baqarah
156)
Daripada Abu Hurairah r.a ,
Rasulullah s.a.w bersabda : siapa yang dikehendaki oleh Allah padanya
satu kebaikan, maka diberinya penderitaan (Bukhari)
Daripada Anas r.a, Rasulullah s.a.w
bersabda : Jika Allah berkehendak kebaikan terhadap hambanya, maka
dilaksanakan segera pembalasan siksa di dunia, sebaliknya jika Allah
menghendaki binasa terhadap hambanya, ditahan pembalasan dosanya, hingga akan
dituntut kelak pada hari kiamat.
ALLAH berfirman yang bermaksud : wahai orang-orang yang beriman
! bertaqwalah kamu kepada ALLAH, dan hendaklah kamu bersama-sama orang-orang
yang benar. (At-Taubah 119)
Abu Muhammad bin Ali bin Abi Thalib
r.a. berkata : Saya telah hafal dari ajaran Rasulullah s.a.w : Tinggalkan
apa yang kamu ragu-ragukan , kepada apa yang kamu tidak ragu-ragu ,
sesungguhnya kebenaran membawa ketenangan, dan dusta itu menimbulkan
keraguan. (Attirmidzi)
Hadis ini menekankan bahawa setiap
ibadat hendaklah disetai dengan keyakinan tanpanya ibadat akan menjadi
tidak sah, olehitu segala yang dikerjakan mestilah benar-benar menurut perintah
Allah dan Rasul s.a.w
WASPADA
Firman ALLAH yang bermaksud: "Sesunguhnya tiada satupun yang tersembunyi daripada
ALLAH, baik yang di langit ataupun di bumi"
Sabda Rasulullah s.a.w : "Bertakwalah kepada ALLAH dimana saja engkau berada,
dan ikutilah perbuatan kejahatan itu dengan kebaikan supaya terhapus kejahatan,
dan bergaullah dengan sesama manusia dengan budi yang baik" (Attirmidzi)
TAQWA
Firman ALLAH yang bermaksud: "Wahai
orang-orang yang beriman ! Bertakwalah kamu kepada ALLAH dngan
sebenar-benar taqwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan
islam" (A-Li`Imraan 102)
Firman ALLAH yang bermaksud : "Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu bertaqwa
kepada ALLAH, nescaya Ia mengadakan bagi kamu (petunjuk) yang membezakan antara
yang benar dan yang salah, dan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu, serta
mengampunkan (dosa-dosa) kamu. Dan ALLAH (sememangnya) mempunyai limpah kurnia
yang besar." (Al-Anfal 29)
Sabda Rasulullah s.a.w : "Bertakwalah kepada ALLAH, solatlah lima waktu,
berpuasa dibulan Ramadhan, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada pemimpin mu,
nescaya kamu akan masuk surga yang disediakan oleh Tuhanmu." (Attirmidzi)
ALLAH berfirman yang bermaksud : "Sesungguhnya orang-orang
yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama
ALLAH gementarlah hati mereka , dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat
Nya, menjadikan mereka bertambah iman, da kepda Tuhan mereka jualah mereka berserah."(Al-Anfal
2) Umar r.a. berkata, saya telah mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sekiranya kamu bertawakkal (berserah) kepada ALLAH dengan
bersungguh-sungguh, nescaya ALLAH akan memberi rezki kepada mu sepertimana
burung yang keluar pagi dengan perut kosong dan kembali pada petang dengan
kekenyangan" (Attirmidzi)
Disini
dapatlah difahamkan bahawa tawakkal perlu kepada usha atau ikhtiar
seperti contoh yang diberikan Rasulullah terhadap burung yang berusha keluar
pada pagi hari.
ISTIQOMAH
(LURUS, TETAP)
ALLAH berfirman yang bermaksud :"Sesungguhnya
orang-orang yang menegaskan keyakinan dengan berkata : "Tuhan kami ialah
ALLAH", kemudian mereka tetap teguh diatas jalan betul (dengan pengakuan
iman dan tauhidnya itu) mereka tidak ada kebimbangan(dari sesuatu yang tidak
baik) terhadap meraka, dan mereka pula tidak akan berdukacita". (Al-Ahqaaf
13)
Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda
Rasulullah s.a.w. :"Bersederhanalah kamu dan tetapkanlah dalam beramal,
Sesungguhnya tidak seorangpun yang selamat hanya dengan bergantung semata-mata
dengan amal perbuatannya. Sahabat bertanya :
Tidak juga engkau ya Rasulullah ? Jawab Nabi : Tidak pula Saya kecuali
ALLAH meliputi Saya dengan rahmat Nya". (Muslim)
Pengertian hadis
ini ialah supaya kita tidak berlebih-lebihan dalam beramal dari apa yang
dicontohkan oleh Rasulullah s.a.w. sebab yang penting bukan jumlah tetepi tepat
dan ikhlasnya serta tetap diamalkan sentiasa.
Firman ALLAH yang bermaksud : Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi, dan pada
petukaran malam dan siang, ada tanda-tanda (kekuasaan, kebijaksanaan dan
keluasan rahmat ALLAH) bagi orang-orang yang
berakal. (A-Li`Imraan 190)
(Iaitu) orang-orang yang menyebut
dan mengingati ALLAH semasa mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka
berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit
dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tiadalah Engkau
menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha suci Engkau, maka peliharalah kami
dari azab neraka. (A-Li`Imraan 191)
Tidakkah mereka memerhatikan
keadaan unta, bagaimana ia diciptakan? Dan keadaan langit bagaimana ia
ditinggikan binaannya? Dan keadaan gunung ganang, bagaimana ia di tegakkan? Dan
keadaan bumi bagaimana ia di hamparkan? Oleh itu, berikanlah sahaja peringatan
(Wahai Muhammad, kepada manusia, dan janganlah berdukacita kiranya da yang
menolaknya), kerana sesungguhnya engkau hanyalah seorng Rasul pemberi ingatan. (Al-Ghaasyiyah17-21)
BERLUMBA-LUMBA
DALAM MELAKUKAN KEBAIKAN TANPA RAGU-RAGU
Firman ALLAH yang bermaksud : Dan bagi tiap-tiap umat ada arah (kiblat) yang
masing-masing menujunya, Oleh itu belumba-lumbalah kamu mengerjakan kebaikan,
kerana dimana saja kamu berada maka ALLAH akan tetap membawa kamu semua
(berhimpunpada hari kiamat untuk menerima balasan), sesungguhnya ALLAH maha
kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Al-Baqarah 148)
Jabir r.a. berkata : Pada hari
perang Uhud, ada seorang bertanya kepada Nabi s.a.w. : Bagaimana pendapat mu
kalau sya terbunuh dalam perang ini? Jawab Nabi s.a.w. : Di surga. Maka
segera orang itu membuang beberapa biji kurma yang masih ada dalam tangan nya
dan sedang dimakan kemudian ia maju berperang, sehingga terbunuh.(Bukhari,
Muslim)
Ia memberi
pengajaran pada kita bahawa betapa bersegeranya sahabat dalam melakukan
kebaikan tanpa perasan ragu-ragu.
Firman ALLAH yang bermaksud : Mereka yang berjuang untuk keredaan Kami, pasti
Kami tunjukkan jalan Kami, dan ALLAH tetap bersama orang yang berbuat baik (Al-Ankabut
69)
Abu Hurairah r.a. berkata : Rasullullah
s.a.w. bersabda : Neraka tertutup dengan berbagai shawat hawa nafsu, Sedang
surge tertutup dengan kesukaran keberatan. (Bukhari, Muslim)
Seolah-olah
surga dan neraka tergantung pada pengendalian hawa nafsu di bawah tuntutan
ajaran ALLAH dan Rasullullah s.a.w. Memang hawa nafsu berat dan sukar
untuk taat pada perintah, pda hal kepentingannya hanya tergantung pada
kekuatannya, mengandaliakn kepada jalan-jalan yang benar-benar akan membawa
keuntungan dan bahagiannya.
MENAMBAH AMAL KEBAIKAN PADA USIA TUA
Firman ALLAH yang bermaksud : Tidakkah kami (ALLAH) telah melanjutkan usia mu yang cukup
untuk sedar di dalamnya, Siapa yang suka sedar, telah datang kepada kamu juru
nasihat yang memperingatkan. Ibnu Abbas mengertikan umur lanjut ialah berusia 60 tahun ada pendapat
mengatakan 40 tahun. Juru nasihat yang mengingatkan ialah Nabi ada yang
mengatakan Uban.
Anas r.a. berkata : Sesungguhnya
ALLAH melanjutkan turunnya wahyu kepda Rasullullah s.a.w. terutama lebih
kerap datangnya wahyu ketika Nabi hampir wafat. (Bukhari, Muslim)
Jabir r.a. berkata : Bersabda
Rasulullah s.a.w. : Tiap hamba akan di bangkitkan dari kuburnya menurut
keadaan di waktu ia mati. (Muslim)
Apa yang
selalu dilakukan oleh manusia semasa hidupnya sehingga mati atas amal perbuatan
dan kelakuan itu, nescaya jika bangkit dari kubur seolah-olah ia masih
terus akan melakukan kebiasaan itu.
JALAN MENUJU KEBAIKAN
Firman ALLAH yang bermaksud :Dan semua yang kamu kerjakan dari
kebaikan, maka ALLAH mengetahuinya. (Al-Baqarah 197)
Firman ALLAH yang bermaksud :Sesiapa yang berbuat kebaikan,
maka keuntungannya kembali pada dirinya sendiri.(Fussilat 46)
Abu Dzar r.a. berkata : Ya
Rasulullah, amal perbuatan apakah yang utama? Jawab Nabi : Iman (percaya)
kepada ALLAH dan berjuang (jihad) untuk menegakkan agama ALLAH. Saya bertanya :
Memerdekakan hamba yang mana lebih utama.? Jawab Nabi : Yang lebeh di
sayang dan yang lebeh mahal harganya. Jika saya tidak dapat berbuat
demikian? Jawab Nabi : Membantu pekerja atau membuatkan orang yang tidak dapat
bekerja. Ya Rasulullah, jika saya tidak dapat berbuatkan demikian? Jawab Nabi :
Menahan kejahatan mu pada orang lain, maka itu sebagai sedekah mu pada diri mu.
(Bukhari, Muslim)
Kerana
perbuatan yang tidak berdasarkan iman akan sia-sia, maka amal yang utama adalah
iman sehingga semua amal itu bersendikan iman, dan kedua adalah jihad berjuang
besungguh-sungguh untuk menegakan agama ALLAH. Kemudian membantu meringankan
beban orang lain, Kalau tadak mampu berbuat kebaikan maka harus menahan diri
daripada melakukan kejahatan.
Abu Dzar r.a. berkata : Rasulullah
berkata kepada ku : Jangan merendahkan walau sdikit dari kebaikan,
walaupun hanya menyambut temanmu dengan wajah yang manis. (Muslim)
Sekecil-kecil
kebaikan bernilai di sisi ALLAH, walaupun sekadar senyuman.
Firman ALLAH yang bermaksud :Kami tidak menurunkan Ai-Quran kepada mu (wahai
Muhammad) supaya engkau menangung kesusahan. (Taha 1)
Aisyah r.a. berkata : Ketika Nabi
masuk ke rumah kami bertepatan ada seorang wanita , Nabi bertanya : Siapakah
wanita itu? Jawab Aisyah : Ini fulanah yang terkenal ibadah solatnya yang
banyak, Maka sabda Nabi : Mah (kata yang menyatakan kurang senang) hendaknya
kerjakan sekuat-kuatnya sahaja, dengan tidak memaksa diri, maka ALLAH tidak
akan jemu menerima amal mu sehingga kamu jemu beramal. Dan kelakuan agama yang
lebih disukai olah ALLAH ialah yang dapat dikerjakan terus menerus. (Bukhari,
Muslim)
Pengertian hadis diatas : Allah
lebih suka sesuatu amal di buat secara berterusan, menjadi tabiat manusia jika
dirasakan susah ia akan cepat jemu, lalu Rasulullah menunjukan jalan yang harus
dibuat iaitu walaupun amalan itu nampak sedikit jika dibuat selalu lama-lama
akan menjadi banyak.
Anas r.a. berkata : Datang satu
rombongan, terdiri dari tiga orng kerumah isteri-isteri Nabi s.a.w. untuk
bertanya tentang ibadat Nabi s.a.w. Kemudian telah diberitahu , Mereka
menganggap seolah-olah sedikit, sebab Nabi telah diampunkan dosanya. Sehingga
berkata seorang daripadanya, Saya akan bersolat terus menerus sepanjang malam.
Yang kedua berkata, Saya akan berpuasa selamanya. Yang ketiga berkata, Saya
akan mejauhi daripada isteri-isteri dan tidak akan berkahwin. Kemudian
Nabi s.a.w. datang dan bertranya : Kamu yang berkata
begini-begini. Demi ALLAH saya lebih takut kepada ALLAH daripada kamu, bahkan
saya yang lebih bertakwa, tetapi saya puasa dan berbuka, solat dan tidur juga
berkahwin dengan beberapa orang wanita. Maka siapa yang mengabaikan sunah Ku,
maka ia bukan dari umatku. (Bukhari, Muslim)
Firman ALLAH yang bermaksud :Belum sampaikah lagi masanya bagi orang-orang
yang beriman, untuk khusyu' hati mereka mematuhi peringatan dan pengajaran
ALLAH serta mematuhi kebenaran (Al-Quran) yang diturunkan (kepada mereka)? Dan
janganlah pula mereka menjadi seperti orang-orang yang telah diberikan kitab
sebelum mereka, setelah orang-orang itu melalui masa yang lanjut maka hati mereka
menjadi keras, dan banyak diantaranya orang-orang yang fasik - derhaka. (Al-Hadiid
16)
Firman ALLAH yang bermaksud :Dan sembahlah Tuhanmu, sehingga datang
kepada mu (perkara yang tetap) Yaqin. (Al-Hijr
99)
Hadis dari Aisyah, Rasullullah
s.a.w. bersabda : Kelakuan agama yang lebih disukai oleh ALLAH ialah yang
terus menerus dilakukan.
MENJAGA AMALAN SUNAH
Firman ALLAH yang bermaksud :Apa yang diberikan oleh Rasullullah kepdamu,
maka terimalah dan yang dilarang hentikanlah. (Al-Hasy-r 7)
Firman ALLAH yang bermaksud :Dan tiadalah Rasullulah berkata-kata menurut
hawa nafsu, melainkan yang diucapkan itu semata-mata wahyu yang diwahyukan
padanya. (An-Najm 3-4)
Firman ALLAH yang bermaksud :Katakanlah : Jika kamu benar-benar kasih kepada
ALLAH, maka ikutilah Aku, nescaya dikasihi ALLAH dan diampunkan dosamu. (A-li
'Imraan 31)
Firman ALLAH yang bermaksud :Sesungguh telah ada bagimu dalam kelakuan
Rasullullah itu suatu contoh tauladan yang baik sekali, bagi sesiapa yang
mengharapkan keredaan ALLAH dan kesejahteraan dihari kemudian. (Al-Ahzaab 21)
Firman ALLAH yang bermaksud :Siapa yang taat kepada Rasullullah bererti telah
taat kepada ALLAH......(An_Nisaa' 80)
Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda
nabi s.a.w. : Biarkanlah aku selama aku membiarkan kamu dalam kebebasanmu. Maka
sesungguhnya yang menyebabkan kebinasaan umat sebelummu dahulu, kerana
kebanyakan pertanyaan mereka, dan menyalahi pada nabi-nabi mereka. Maka apabila
Aku mencegah kamu dari sesuatu, tinggalkanlah perkara itu, Dan jika Aku
perintahkan sesuatu, kejakanlah sekuat tenagamu. (Bukhar,i Muslim)
Abu Hurairah r.a. berkata : Bersabda
nabi s.a.w. : Semua umatku akan masuk surga, kecuali yang menolaknya. Ditanya :
Siapa yang menolaknya ya Rasullullah? Jawab nabi s.a.w. : Siapa yang taat
kepdaku masuk surga, dan yang menentang padaku bererti menolaknya. (Bukhari)
Umar Bin Alkhattab mencium hajar
Al-aswad sambil berkata : Saya mengetahui benar kau batu tidak berguna dan
tidak berbahaya, dan andaikata saya tidak melihat Rasulullah mencium kau,
nescaya saya tidak akan mencium kau. (Bukhari, Muslim)
"Maka demi Tuhan Mu (wahai
Muhammad) Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau
hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul diantara mereka, kemudian mereka
pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah Engkau
hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya". Maksud firman ALLAH - An-Nisaa' 65
"Sesungguhnya perkataan yang di
ucapkan oleh orang-orang yang beriman ketika mereka di ajak kepda kitab ALLAH
dan sunah Rasulnya, supaya menjadi hakim memutuskan sesuatu di antara mereka,
hanyalah mereka berkata "Kami dengar dan kami taat" dan mereka itulah
orang-orang yang beroleh kejayaan" Maksud
firman ALLAH - An-Nur 51
BIDA'AH
Firman ALLAH yang bermaksud "Tiada kami tinggalkan dalam Al-Quran suatu apapun (yang
kurang atau belum dijelaskan) Al-An'am 38
Firman ALLAH yang bermaksud "Jika kamu berselisih dalam sesutu, kembalilah kepada
ALLAH (Al-Quran) dan Rasulullah (hadis) An-Nisa' 59
Firman ALLAH yang bermaksud "Sesungguhnya inilah jalan KU yang lurus, ikutilah, dan
jangan megikut jalan-jalan lain, maka akan terpisahlah kamu dari jalan
ALLAH (Al-An'am 153)
Aisyah r.a. berkata : Bersabda
Rasullullah s.a.w. "Siapa yang mengada-adakan sesutu dalam agama kami ini,
sesuatu yang tidak ada dasar daripadanya, maka ia pasti tertolak" (Bukhari,
Muslim)