Monday 29 April 2013

KEMPEN WAKAF BUKU PERPUSTAKAAN WAKAF MAIS

Perpustakaan Wakaf Majlis Agama Islam Selangor telah mengadakan Kempen Wakaf Buku 2013 pada 23 April 2013 yang dirasmikan oleh Setiausaha MAIS, Dato' Hj. Mohd Misri Bin Hj. Idris. Program ini diwujudkan adalah bagi memberi peluang dan galakan kepada orang ramai untuk menjadikan buku sebagai salah satu bentuk jariah bagi manfaat ilmu khususnya di Negeri Selangor. Program wakaf buku ini adalah salah satu inisiatif MAIS dalam menggalakan program berwakaf selain wakaf tunai, tanah, bangunan dan sebagainya. 

Orang ramai bolehlah menyumbang buku mereka bermula hari ini melalui 2 cara iaitu hadir sendiri dikaunter Perpustakaan Wakaf dan memasukan buku yang hendak diwakafkan di dalam kotak yang disediakan di luar perpustakaan. Didalam majlis yang sama, diadakan juga majlis penyerahan buku sumbangan peribadi Pensyarah Kanan Jabatan Syariah, Universiti Kebangsaan Malaysia iaitu Prof. Madya Mohd Ridzuan Awang sebanyak 179 buah naskah kajian ilmiah.Untuk makluman, Perpustakaan ini dibuka seawal pukul 9 pagi sehingga 5.30 petang dengan dibuka setiap hari isnin sehingga sabtu dan di tutup pada hari ahad dan cuti umum.

 Keratan akhbar utusan sempena Majlis Kempen Wakaf Buku Perpustakaan Wakaf MAIS 2013

Kotak Wakaf Buku yang diletakan diluar perpustakaan bagi memudahkan orang ramai mewakaf buku mereka

 
 Pengurus Perpustakaan Wakaf, Encik Mohd Hafiz Bin Abdul Salam bergambar bersama pegawai perpustakaan yang lain selepas program

No comments:

Post a Comment